Meninggal dunia setelah berjalan kaki ke 2 PPV

Oleh MHDAILY

Meninggal dunia setelah berjalan kaki ke 2 PPV. Seorang lelaki yang dipercayai berjalan kaki sejauh lebih 2km untuk menerima vaksin Covid-19 ditemui mati di bawah pokok berhampiran Kompleks Sukan Keningau, di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 pagi itu, mangsa dikatakan tiba-tiba rebah ketika berehat di bawah pokok itu selepas berjalan dari kediamannya di Kampung Pampang ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Kompleks Sukan Keningau.

Ketua Polis Daerah Keningau Shahrudin Mat Husain berkata, sepasukan pegawai perubatan bergegas ke lokasi kejadian untuk memberikan bantuan kecemasan kepada mangsa namun dia kemudiannya disahkan meninggal dunia.

Baca Artikel Penuh