Mengapa parlimen perlu bersidang?, Ini penjelasan Azalina Othman

Oleh MHDAILY

Timbalan Speaker Dewan Rakyat Azalina Othman Said berkata, pembukaan semula Parlimen akan membantu kerajaan dalam memerangi wabak Covid-19 dengan meningkatkan pemahaman rakyat mengenai dasar berkaitan wabak itu serta kepercayaan mereka terhadap kerajaan.

“Sebenarnya, saya membuat cadangan untuk membuka kembali Parlimen walaupun kadar jangkitannya masih tinggi. Ini kerana saya berpendapat pembukaan kembali Parlimen dapat membantu kerajaan mengatasi masalah pandemik – bukan hanya melawan virus, tetapi meningkatkan pemahaman rakyat,” kata Azalina dalam webinar dalam talian yang disiarkan langsung di Facebook malam tadi.

Webinar yang bertajuk ‘Mengapa Parlimen Perlu Bersidang Semasa Covid-19’ dianjurkan bersama oleh pengawas pilihan raya Bersih dan Sinar Harian. Selain Azalina, ahli panel lain adalah Ahli Parlimen Subang Wong Chen dan dimudahcarakan oleh penganalisis politik Wong Chin Huat.

Baca Artikel Penuh