Menara CelcomDigi dijual dengan harga RM450 juta, rupanya ini punca menara ini dijual
Sentral REIT menandatangani perjanjian jual beli bersyarat (SPA) untuk mengambil alih bangunan pejabat 27 tingkat
Banggunan yang dikenali sebagai Menara CelcomDigi di Petaling Jaya Sentral dengan harga RM450 juta daripada Puncak Wangi Sdn Bhd (PWSB).
PWSB adalah anak syarikat milik penuh Malaysian Resources Corporation Bhd (MRCB).
Sentral REIT dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia berkata, cadangan pengambilalihan itu dijangka mengembangkan jumlah saiz asetnya sebanyak 21 peratus daripada RM2.15 bilion setakat 31 Disember 2022, kepada kira-kira RM2.60 bilion, setelah selesai pelaksanaan.
“Pembelian hartanah itu akan dibayar sepenuhnya secara tunai yang akan dikumpulkan melalui gabungan ekuiti dan pembiayaan hutang.
“Pelaksanaan pendanaan ekuiti ini membabitkan cadangan penempatan yang merangkumi terbitan sehingga 123.72 juta unit penempatan yang akan diletakkan kepada pelabur institusi yang akan dikenal pasti kelak, pada harga terbitan yang akan ditentukan melalui proses penetapan harga,” katanya.
Sebagai sebahagian daripada cadangan penempatan itu, MRCB telah bersetuju untuk melanggan sehingga 34.57 juta unit penempatan bagi mengekalkan peratusan pegangan unit semasa mereka dalam Sentral, katanya.
Pengerusi Sentral REIT Management Sdn Bhd, Tan Sri Saw Choo Boon, berkata pengambilalihan itu akan mengembangkan lagi portfolio Sentral daripada segi pendapatan, gabungan penyewa serta penyebaran geografi, dan akan memberikan pulangan yang stabil kepada pemegang unitnya.
“Hartanah ini sesuai dengan portfolio semasa Sentral REIT yang terdiri daripada sembilan hartanah komersial,” katanya lagi.
Sementara itu, RHB Research berkata portfolio Sentral REIT dijangka lebih baik dengan pengambilalihan Menara CelcomDigi di Petaling Jaya.
Ia berkata, pihaknya agak positif dengan pengambilalihan itu memandangkan bangunan itu mempunyai standard Bangunan Hijau Emas, yang seharusnya meningkatkan profil REIT pada masa hadapan meskipun pengambilalihan menambah sedikit hasil atau neutral.
Katanya, bangunan itu diperakui sebagai kepimpinan dalam Alam Sekitar & Reka Bentuk Tenaga (LEED) Bangunan Hijau Emas pada November 2020, yang akan meningkatkan sasaran alam sekitar Sentral REIT untuk mengurangkan penggunaan tenaga dan tahap keamatan pelepasan karbon.
“Berdasarkan pendapatan sewa kasar tahun kewangan 2022 sebanyak RM36 juta, ia diterjemahkan kepada hasil kasar yang menarik sebanyak lapan peratus dan margin pendapatan hartanah bersih (NPI) dijangka antara 70 peratus hingga 75 peratus.
“Pengambilalihan itu dijangka hasil neutral atau sedikit meningkat, tetapi kami berhati-hati dengan risiko Sentral mengambil lebih banyak pinjaman daripada jangkaan, kerana ia hanya mempunyai ruang hutang RM500 juta sebelum mencapai had penggearan 50 peratus,” katanya dalam satu nota penyelidikan
BACA: Kenapa kucing takut sangat dimandikan, sampai tuannya sendiri teruk dicakar, ini pakar