Memang tak boleh pakai la harga RM7.90 tu, keluh peniaga ayam

Oleh MHDAILY

Tanpa rasa bersalah, terdapat peniaga di negeri ini menjual ayam pada harga runcit lebih mahal berbanding kadar ditetapkan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) 2021 yang berkuat kuasa semalam.

Tinjauan Utusan Malaysia di Pasar Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Tunjong, di sini pagi semalam mendapati, ayam standard dijual pada harga RM8.80 sekilogram, berbanding RM7.90 kadar ditetapkan.

Ketika ditanya kenapa harganya lebih mahal berbanding harga dibenarkan SHMMP, para peniaga terbabit memberi alasan bakal menanggung kerugian jika menjualnya pada harga RM7.90 sekilogram.

Baca Artikel Penuh