Memahami cara pemikiran Tun Dr Mahathir

Memahami cara pemikiran Tun Dr Mahathir

Memahami cara pemikiran Mahathir. Dalam politik, tiada apa yang terjadi secara kebetulan. Contoh bila family Azmin dan Family H20 bercuti sama-sama (waktu PH memerintah). Atau bila orang lain angkat playcard Anwar PM7, dia pula yang mana dia sengaja buat-buat sibuk ambil gambar dengan muka cynikal.

Atau pun interview yang mana di tanya adalah Tun setuju dengan Anwar akan jadi perdana Menteri selepas dia, soalan senang pun dia berbelit nak jawap, last sekali dia kata dia akan letak jawatan; just like that. ( he indeed letak jawatan nak lengkapkan orkestra dia).

Itu yang saya tertarik dengan pendapat sahabat saya, Ustaz Ahmad Saifuddin Yusof yang arwah bapa dia ajar cara hendak baca pemikiran Mahathir

Jangan lihat pada apa yang dia cakap. Lihat pada apa yang dia buat.Jangan perhati pada apa yang dia kata. Perhati pada apa yang sepatutnya dia kata tetapi dia tak kata.

pemikiran

Contoh satu dia dok bising Muhyidin guna ROS sekat pendaftaran parti dia, tapi dia lupa zaman dia berkuasa 98 dulu dia sekat pendaftaran parti lain yang hendak lawan parti dia.

Dia kata Najib guna kaedah cash is king, tapi dia lupa part dia bagi lebai 400 juta sampai mereka terbongkok-bongkok sokong dia jadi PM sampai habis penggal.

Yang nombor dua ini sangat subtle. Siapa yang betul-betul perhati aje nampak. Ada penyokong dia kata Malaysia Gazzete saja spin tajuk dan siapa yang percaya tulisan MG adalah bodoh. Now saya biar anda sebagai pembaca jadi hakim

https://twitter.com/lagacawan/status/1415321888008536067; siapa yang betul dalam kes ini?

Ada seorang lagi penyokong dia kata nama Azmin itu sebagai sindiran, tapi saya kata, kalau sindiran takkan dia letak nama Mukhriz sekali? Sama ada Mahathir tarik nama Azmin ini adalah di bawah minda sedar freudian slip atau pun itu memang niat dia?

Lepas itu pula ada yang jawap tulisan Twitter saya, dia kata sebelum Mahathir cakap tu, penyokong dia sudah test water dulu, cuba sucikan Azmin, normalise dengan kata kalau Azmin bertenang konon-konon bertaubatla, ada peluang untuk buat comeback; siap kata masih muda lagi. Kebetulan? Anda jadi hakim.

Lagi menarik bila Malaysian Insight kata yang dia sanggup berhenti Pejuang kalau di lantik dalam jawatankuasa pemulihan negara. Eh kata pejuang di tubuhkan kerana orang melayu hilang kuasa, jadi kalau dia berhenti Pejuang, bukankah orang Melayu akan hilang kuasa kembali?

Kenapa macam pernah dengar rancangan ini? Yup, Sarawak Report sudah tuliskan beberapa hari lepas, yang mereka cepat-cepat kata fitnah. Kalau tak ada angin, masakkan pokok bergoyang.

10 tahun lepas Mahathir ada tulis memoir dia, yang kata Anwar tidak bermoral dan ada skandal dengan 4 orang wanita. Konon-konon dalam memoir ini dia nak tunjuk pada dunia yang kompas moral dia sangat tinggi siap kata ada beberapa keping gambar lagi sebagai bukti.

Tapi kalau kompas moral dia sangat tinggi, kenapa bila kena benda yang hampir sama pada anak angkat dia, dia tak guna moral kompas yang sama?

Lagi satu, saya nak tanya golongan ustaz dan ahli agama dalam PEJUANG, bila kita tuduh orang beriman berzina/liwat dan tak datangkan saksi, bukankah itu Qazaf dan automatik jadi fasik?

Dan kesaksian orang fasik ini tak boleh di percayai selama-lamanya? Saya tak nak petik nama, tapi kalau tak berani tolong PM saya jawapan tentang ini.

Pastu ada penyokong dia up post pasal Anwar tak boleh jawap soalan mudah tentang “adakah anda biseksual?”. Anda semua tahu saya tak suka penipuan fakta.

Sila lihat video asal https://www.youtube.com/watch?v=QLGqXbKWrSk. Soalan asal dia adakah anda “homosexual(lelaki sama lelaki) or bisexual (lelaki dan wanita)? Yes or no?”. Kalau pilihan jawapan yang di beri adalah ya dan tidak, soalan ini dari awal lagi sudah ada niat jahat.

Tapi lagi jahat ialah penyokong Mahathir nitpick fakta dan tulis macam satu gospel. Tanpa rasa malu, penyokong dia juga telah melakukan qazaf seperti mana apa yang Mahathir buat.

Betul tak macam apa yang saya kata, politik lendir ini bermula dari dia, dan di sokong oleh penyokong dia. Mereka tak boleh nak kritik bab rasuah, mereka terus main isu seks dan lendir. Inilah yang Tun Musa Hitam echo yang dia juga akan terpalit dengan isu seks kalau tak meletak jawatan.

Kita hidup dalam zaman fitnah. Orang yang orang bohong dianggap jujur dan jujur dianggap bohong. Terbukti apa yang junjungan besar nabi kita sebut 1400 tahun dulu.

Abu Hurairah RA meriwayatkan Rasulullah SAW bersabda: “Akan tiba pada manusia tahun penuh kebohongan. Saat itu, orang bohong dianggap jujur. Orang jujur dianggap bohong. Pengkhianat dianggap amanah. Orang amanah dianggap pengkhianat. Ketika itu, orang Ruwaibidhah berbicara.” Ada orang bertanya: “Siapa Ruwaibidhah itu?” Nabi menjawab, “Orang bodoh yang menguruskan urusan umum.” (HR Ibnu Majah)

Jadi kita kena berpegang pada sunnah Nabi walaupun terpaksa gigit sunnah itu dengan gigi geraham. Apa dia sunnah Nabi? Amanah, menyempurnakan perjanjian dan akhlak yang baik.

Saya berdoa semoga penyokong-penyokongnya boleh lihat segala kerosakan yang dia lakukan selama ini. Ingat pintu taubat masih lagi terbuka terutama sekali jika kita pernah menuduh seseorang dengan qazaf.

Jangan sampai hanya menyesal bila azab Allah di hadapan mata. Ini perbualan yang di rakam dalam Quran bila orang zalim minta di kembalikan ke dunia dengan alasan mereka akan bertaubat.

“Dan kamu akan melihat orang-orang yang zalim ketika mereka melihat adzab berkata, “Adakah kiranya jalan untuk kembali ke dunia?” [asy-Syûrâ/42:44]

“Dan berikanlah peringatan kepada manusia terhadap hari (yang pada waktu itu) adzab datang kepada mereka, maka berkatalah orang-orang yang zhalim, “Ya Rabb kami, kembalikanlah kami meskipun dalam waktu yang sedikit, niscaya kami akan mematuhi seruan-Mu dan mengikuti rasul-rasul”. [Ibrâhîm/14:44]

Ini pula jawapan Allah untuk orang zalim; Allah telah mengetahui yang rayuan mereka untuk di kembalikan di dunia dan bertaubat itu hanya helah semata-mata.

“Sekiranya mereka dikembalikan ke dunia, tentulah mereka kembali kepada apa yang mereka telah dilarang mengerjakannya. Dan sesungguhnya mereka itu adalah pendusta-pendusta belaka” [al-An’âm/6:28]

Politik Mahathir dan Hadi Awang sangat-sangat mirip. Dari narsistik sampailah kepada maksum dan tak pernah mengaku salah sendiri. Bezanya, sorang tunggang agama, yang sorang lagi tunggang bangsa.

Habis berantakan satu negara kerana dendam peribadi tapi dia tak peduli sebab end justify the means. Yang ironic mereka berdua pernah menjadi allies dan musuh ketat bagi Anwar. Kalau Anwar tak dapat jadi Perdana Menteripun saya tak ralat sangat, sebab itu qada dan qadar Allah, mungkin Allah ada perancangan yang lebih baik untuk dia.

Yang penting, sebagai muslim kena redha dan qanaah, cuma satu kerugian pada negara sebab saya lihat pontensi rancangan untuk mengembalikan maruah Malaysia itu ada pada dia.

Sebagai penutup, saya ulang sekali lagi, jika apa yang dia tuduh pada Anwar adalah satu kebenaran; dan Anwar telah bertaubat ( kerana apa yang di tuduh adalah dosa peribadi) moga Allah ampuni kesalahan kita. TAPI jika apa yang dia tuduh pada Anwar itu satu fitnah, MOGA Allah PANJANGKAN lagi umurnya dan balikkan semula apa yang dia fitnah terhadap dirinya.

Sumber :

BACA JUGA : Panas !!! Tun M umum sedia ‘keluar’ Pejuang