‘Melur Untuk Firdaus’ labuhkan tirai, pesanan akhir Anna Jobling buat ramai tersentuh

Melur Untuk Firdaus labuhkan tirai pesanan akhir Anna Jobling buat ramai tersentuh

‘Melur Untuk Firdaus’ labuhkan tirai, pesanan akhir Anna Jobling buat ramai tersentuh. Heroin drama Melur Untuk Firdaus (MUF), Anna Jobling mengucapkan selamat tinggal kepada krew produksi dan juga barisan pelakon yang terlibat dalam menjayakan drama popular tersebut menerusi muatnaiknya di Instagram semalam.

5 Bulan Yang Bermakna

Melihat entri yang ditulis Anna di media sosialnya, aktres jelita mendedahkan lima bulan diset penggambaran merupakan hari-hari yang dinantikan bagi dirinya kerana telah menganggap semua yang terlibat dalam drama Melur Untuk Firdaus sebagai keluarga.

“Esok hari terakhir kita, jadi saya ingin mengatakan beberapa patah perkataan.

Kepada semua orang yang saya habiskan masa lima bulan menghasilkan MUF, saya cuma ingin mengatakan terima kasih dari lubuk hati saya. Datang ke set setiap hari merupakan sesuatu yang saya nantikan kerana anda semua seperti keluarga.

Semua gurau senda, nyanyian dan rahsia kita sentiasa buatkan senyuman terukir di wajah saya bila saya kepenatan. Walaupun kita hadapi masalah, kerja keras kita lebih kuat. Saya sangat sayangkan anda semua.” Coretnya

Melur Untuk Firdaus labuhkan tirai pesanan akhir Anna Jobling buat ramai tersentuh'Melur Untuk Firdaus' labuhkan tirai, pesanan akhir Anna Jobling buat ramai tersentuh

Anna juga mengucapkan terima kasih kepada peminat dan orang ramai yang telah menonton dan jatuh cinta pada karakter dalam drama popular ini. Anna juga menghargai usaha orang ramai yang banyak memberi sokongan dari pelbagai bentuk.

“Kepada semua yang menonton MUF dan jatuh cinta dengan karakter kami, walaupun kebenyakkannya membuatkan anda semua berasa marah hehe.

Terima kasih banyak kerana menyokong kami menerusi suntingan, ciapan, DM, gambar.

Anda semua sangat HEBAT dan ini tidak akan menjadi besar seperti mana yang saya sangka kalau tidak kerana anda semua. Sayang anda semua.” Tulisnya

Titip Pesanan Istimewa Untuk Meerqeen?

Sebelum mengakhiri coretan, Anna juga menitipkan ucapan istimewa untuk hero gandingannya dalam drama Melur Untuk Firdaus iaitu Meerqeen dengan penulisan yang ringkas.

“Ini mungkin pengakhirannya tapi MUF sentiasa mempunyai tempat yang istimewa dalam hati saya. Terima kasih sekali lag!

Terutama sekali kepada @meerqeen, kamu tahu apa yang saya rasa mengenai kamu.

Dengan rasa cinta, Adriana Zulaikah aka Melur. #meluruntukfirdaus” Tulisnya lagi

Meerqeen Terharu

Menjengah ke ruangan komen muatnaik perkongsian aktres jelita ini, dan melihat hero drama popular ini memberi komen ringkas kepada Anna.

“Kenapa kamu perlu buatkan ini sangat sedih?” komen Meerqeen

Untuk rekod, drama Melur Untuk Firdaus merupakan terbitan A-Alliance Sdn Bhd dan diarahkan oleh pengarah terkenal Zamri Zakaria. Drama bersiaran 28 episod ini bakal menutupkan tirainya pada hari ini di slot lestary di TV3, jam 9 malam nanti.\

BACA:

Malaysia bakal hadapi krisis telur paling dasyat, banyak ladang gulung tikar

Shahir bakal bertunang dengan gadis Sabah hari ini

Riena Diana akhirnya tinggalkan Hot FM

CATEGORIES