MB Terengganu dedah lebih 100 guru tolak vaksin di Terengganu

Oleh MHDAILY

MB Terengganu dedah lebih 100 guru tolak vaksin di Terengganu.Lebih 100 guru di Terengganu menolak untuk menerima suntikan vaksin COVID-19, kata Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar hari ini.

Beliau berkata jumlah itu hanyalah mewakili peratusan kecil keseluruhan jumlah guru yang berkhidmat di negeri ini.
“Saya tidak tahu apa alasan mereka tidak mahu terima vaksin.

“Cuma permintaan saya supaya mereka ini mempertimbangkan semula keputusan mereka demi kebaikan semua pihak, termasuk keluarga mereka dan anak-anak murid mereka,” katanya kepada pemberita selepas Istiadat Pembukaan Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-14 di Wisma Darul Iman di sini.

Baca Artikel Penuh