MB Perak harap apa yang berlaku di Perak tidak berjangkit ke Persekutuan

Oleh MHDAILY

Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu memberi jaminan bahawa Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Perak akan terus kekal bersama kerajaan Perikatan Nasional (PN) walaupun beliau tidak lagi menjadi Menteri Besar.

Ahmad Faizal berkata, tidak terlintas di dalam fikirannya untuk bekerjasama dengan parti lain bagi membentuk kerajaan baharu.

Dalam masa sama, beliau berharap agar apa yang berlaku di Perak tidak akan berjangkit ke negeri-negeri lain dan di peringkat persekutuan.

SCROLL UNTUK ARTIKEL PENUH 👇🏻👇🏻👇🏻
SAMBUNGAN ARTIKEL 👇🏻👇🏻👇🏻

“Saya harap tidak, kalau Hopefully not, hopefully not, ini yang saya boleh berlapang dada, saya kira semua orang boleh berlapang dada.

“Mari kita fikir soal rakyat, Kalau boleh di sidang Parlimen pun tidak perlu lah tiap-tiap kali dalam jawatankuasa setiap kementerian perlu diadakan pengundian dan sebagainya.

“Mari kita berlapang dada, buat perkara-perkara untuk rakyat, jangan main politik banyak sangat,” katanya.

Beliau ditemui selepas majlis penyampaian geran tanah di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini, hari ini.

Pada sebelah pagi Ahmad Faizal gagal mendapat sokongan majoriti sebagai Menteri Besar apabila usul undi percaya terhadapnya yang dibentangkan pada Persidangan Dewan Perak tidak mendapat sokongan majoriti Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

Dalam proses pengundian yang dijalankan secara sulit itu, usul yang dibawa ADUN Pengkalan Baharu, Datuk Abdul Manap Hashim hanya mendapat 10 undi, berbanding 48 yang tidak menyokong dan satu berkecuali.

Ahmad Faizal berpendapat, kerajaan Perikatan Nasional adalah kerajaan yang baik, diterima oleh rakyat dan momentum itu perlu dikekalkan.

Menurutnya, sebagai Ketua Badan Pimpinan Bersatu Negeri Perak, beliau akan cari jalan untuk memberi peluang kepada Menteri Besar baru melaksanakan tanggungjawab dengan baik.

Sumber : https://www.suaraperak.com/bersatu-kekal-dalam-kerajaan-pn/