MB kecewa dengan orang Kedah, gagal patuh SOP di bazar Ramadan

Oleh MHDAILY

Laporan daripada penguatkuasa pihak berkuasa tempatan (PBT), berkaitan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) di bazar Ramadan di seluruh negeri Kedah, amat mengecewakan, kata Menteri Besar Muhammad Sanusi Md Nor.

Dalam hantaran terkini beliau di laman Facebooknya, beliau turut meluahkan rasa kesal kerana mendapati SOP tidak dipatuhi oleh sebahagian besar peniaga dan pengunjung bazar Ramadan.
“Adik, kakak, saudara, saudari yang berniaga dan yang mengunjungi bazar Ramadan di seluruh negeri Kedah, dimohon mematuhi SOP yang ditetapkan oleh MKN (Majlis Keselamatan Negeri).

“Sebarang kecuaian dan kealpaan kita terhadap SOP boleh mencetuskan kluster baharu COVID-19, seterusnya akan membawa kepada penutupan semua bazar Ramadan yang menjadi sumber rezeki saudara mara kita sepanjang Ramadan ini,” katanya.

Baca Artikel Penuh