Maybank perkenal aplikasi minta hutang, “senang nak mintak member bayar lepas ni

Maybank perkenal aplikasi minta hutang senang nak mintak member bayar lepas ni

Maybank perkenal aplikasi minta hutang, “senang nak mintak member bayar lepas ni. Maybank hari ini mengumumkan pengenalan sebuah ciri baharu pada aplikasi Maybank2U dan MAE, iaitu dinamakan Duitnow Request.

Melalui ciri ini, anda boleh menghantar permintaan kepada orang lain untuk membayar kepada anda. Anda boleh menetapkan nilai untuk sesuatu pembayaran, dan menghantar permintaan pembayaran tersebut kepada seseorang yang dituju.

Dengan langkah ini juga, ia dijangka akan memudahkan lagi anda meminta kembali duit atau hutang daripada rakan-rakan tanpa berasa kekok.

Buat masa ini, Maybank menyokong ciri Duitnow Request ini daripada pengguna yang menggunakan Duitnow di bank Maybank, Standard Chartered, Bank Islam, Bank Muamalt, Citibank, HSBC dan juga OCBC.

Maybank perkenal aplikasi minta hutang senang nak mintak member bayar lepas ni

Tiada sebarang pembayaran caj dikenakan untuk permintaan DuitNow Request dibawah RM5000, dan untuk lebih daripada itu, bayaran 50 sen dikenakan. Pengguna boleh mengakses ciri ini melalui Maybank2U atau MAE, dan memilih kategori “Send & Request”, seterusnya memilih Duitnow Request.

Selepas menghantar, untuk penerima notifikasi pembayaran pula, ia akan memaparkan berapakah nilai yang diminta, dan perlu mengesahkan untuk memindahkan dana yang diminta tersebut dengan mudah.

BACA:
Aida Khalida masih ‘bergetah’ walaupun di usia 65 tahun

Muka Messi bakal hiasi atas wang kertas Argentina

Suami tikam saudara sendiri guna sabit, cemburu isteri teman pergi pasar malam

CATEGORIES