Mayat reput ditemui atas katil rumah mekanik di Sungai Petani

maut

Bau busuk dari sebuah rumah di Taman Ria di sini membawa kepada penemuan mayat mekanik berusia 56 tahun pada pagi ini.

Mayat lelaki itu ditemui dalam keadaan mereput di atas katil kira-kira pukul 11.10 pagi.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, sebaik menerima maklumat berhubung kejadian, pihaknya bersama anggota Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Petani bergegas ke rumah tersebut.

Mayat reput ditemui atas katil rumah mekanik di Sungai Petani

Mayat mekanik yang dipercayai meninggal dunia lebih dua hari lalu ditemui di sebuah rumah di Taman Ria, hari ini.

“Kita terpaksa menggunakan khidmat bomba untuk memecahkan pintu bilik utama yang berkunci dari dalam.

“Mangsa yang masih bujang dipercayai telah meninggal dunia lebih dua hari lalu dan siasatan awal tidak menemui sebarang unsur jenayah di rumah berkenaan,” katanya di sini hari ini.

Berita Penuh : https://www.kosmo.com.my/2021/09/27/mekanik-ditemui-mati-dalam-rumah/

BACA JUGA : Lelaki bakar mimbar masjid setelah dilarang berehat

COMMENTS

Wordpress (0)