Maut lepas tolong mangsa kemalangan, ramai doakan pemuda ini

Maut lepas tolong mangsa kemalangan ramai doakan pemuda ini

Maut lepas tolong mangsa kemalangan, ramai doakan pemuda ini. Seorang lelaki yang membantu mangsa kemalangan di hadapan rumahnya pada sebelah pagi, menemui ajal apabila terlibat satu kemalangan lain di Kampung Kledang, pada pukul 6.28 petang, semalam.

Ibu saudaranya, Zulaika Ramli, 37, berkata, kira-kira pukul 11 pagi, mangsa, Muhammad Hafiz Razali, 19, dan dia dalam perjalanan ke pasar tani sebelum tiba-tiba berlaku kemalangan motosikal berhampiran simpang masuk ke rumahnya di Kampung Banggol Lada.

“Kami membantu mangsa kemalangan itu hingga ke Hospital Daerah Baling, kemudian sebelah petangnya pula kami dikejutkan dengan panggilan menyatakan Hafiz terlibat kemalangan dan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Saya tak sangka, semalam adalah hari terakhir bersama arwah kerana kami amat rapat dan ke mana sahaja pergi, kami sentiasa bersama,” katanya ketika dihubungi.

MANGSA terbaring dan meninggal dunia di tempat kejadian dalam kemalangan maut di Kampung Kledang, Jalan Baru Kulim-Baling-Gerik di Baling, semalam.

Maut lepas tolong mangsa kemalangan, ramai doakan pemuda ini

Menurutnya, sebelum kejadian malang itu menimpa, mereka ke pasar tani untuk membeli barangan selepas Muhammad Hafiz mahu menyediakan mi kuah sebagai jamuan tengah hari untuk saudara maranya.

Katanya, Muhammad Hafiz juga sempat menjamah menu tersebut dan kemudian bersiap-siap untuk keluar bekerja.

“Sebelum pergi, arwah bermain dengan adik bongsunya yang berusia dua bulan seolah-olah enggan melepaskannya, kemudian dia bersalam dengan ibunya, Salmi Jamil dan beria melambai-lambai tangan. Saya tak sangka semalam hari terakhir kami sekeluarga bersama-samanya,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Baling, Superintenden Shamsudin Mamat berkata, kemalangan berlaku melibatkan sebuah kereta jenis Proton Saga dan sebuah motosikal jenis Honda Wave yang ditunggangi mangsa.

“Hasil siasatan mendapati kemalangan berlaku apabila kereta yang dipandu lelaki berusia 31 tahun datang dari arah Kulim menghala ke Baling.

“Apabila tiba di tempat kejadian, motosikal mangsa yang datang dari arah bertentangan hilang kawalan lalu terbabas masuk ke laluan kereta dan bertembung,” katanya.

Shamsudin berkata, akibat kemalangan itu mangsa mengalami cedera parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala pemandu kereta dan empat penumpangnya tidak mengalami sebarang kecederaan.

Mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Daerah Kulim untuk dibedah siasat setelah mendapat keputusan ujian Covid-19.

Ketika kejadian, keadaan jalan adalah lurus dua hala manakala permukaan jalan raya basah akibat hujan lebat. Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

BACA:

Tak bayar RM720K, Mawar Karim berjaya ketepikan penghakiman ingkar Nabil

Wow! Perodua Alza 2022 diiktiraf terima 5 bintang ASEAN NCAP

M. Nasir ubah kerjaya pula, kini jadi pemain Mobile Legends

CATEGORIES