Mati akibat diracun, ini kisah perisik Rusia masuk islam 10 hari sebelum kematiannya

Oleh MHDAILY

Mati akibat diracun, ini kisah perisik Rusia masuk islam 10 hari sebelum kematiannya.

Lewat tengah hari 7 Disember 2006, titis-titis hujan membasahi tanah perkuburan Highgate di utara London, menyambut ketibaan jenazah seorang lelaki ke tanah perkuburan tersebut.

Suasana di luar pagar tanah perkuburan era Victoria itu kecoh dengan ratusan wartawan serta jurugambar dari pelbagai media cetak dan media elektronik Britain.

Mati akibat diracun, ini kisah perisik Rusia masuk islam 10 hari sebelum kematiannya

Upacara pengebumian itu mendapat liputan besar-besaran kerana si mati itu adalah Alexander Valterovich Litvinenko. Beliau adalah bekas perisik berpangkat Kolonel dengan bekas agensi perisikan Rusia, KGB, dan kemudiannya berkhidmat dengan perkhidmatan perisikan domestik Rusia, FSB.

Alexander Valterovich Litvinenko.
Litvinenko yang berusia 43 tahun mati akibat diracun pada 23 November 2006, dipercayai sewaktu dia minum di sebuah hotel.

Litvinenko sangat dikehendaki oleh kerajaan Rusia kerana semasa hayatnya, beliau dikatakan telah mendedahkan banyak tipu helah Kremlin dan Presiden, Vladimir Putin.

Antaranya Litvinenko mendakwa FSB serta Putin bertanggungjawab ke atas siri pengeboman di tiga buah bandar di Rusia pada September 1999. Seramai 293 orang terbunuh, sementara 651 orang lagi cedera dalam kejadian itu.

Beberapa siri pengeboman pada 1999 yang didakwa Litvinenko sebagai ‘kerja’ Vladimir Putin.
Bukan itu saja, Litvinenko yang berasal dari utara Caucasus, tidak jauh dari Chechnya, turut berkempen bagi pihak masyarakat Islam Chechen yang sejak sekian lama menentang pentadbiran Rusia di sana.

Selepas melakukan pendedahan demi pendedahan yang menggoncang imej serta nama baik Putin dan kerajaan negara tersebut, Litvinenko melarikan diri ke Britain bersama keluarganya pada 1 November 2000.

Litvinenko semasa berkhidmat dalam ketenteraan Rusia.
Di Britain, Litvinenko diburu oleh pelbagai pihak, bukan sahaja media massa antarabangsa, bahkan juga Scotland Yard, agensi keselamatan Rusia.

Selepas lama tinggal di Britain, pada malam 31 Oktober 2006, Litvinenko tiba-tiba mengalami muntah-muntah dan cirit birit yang teruk. Dia dimasukkan ke hospital. Selepas dua minggu diperiksa, amat mengejutkan apabila doktor mendapati beliau telah diracun dengan sejenis bahan radioaktif, disyaki thallium.

Kandungan bahan radioaktif itu sangat tinggi dan boleh menyebabkan kematian dalam waktu yang singkat. Ketika itu semua rambut Litvinenko sudah gugur manakala organ-organ dalamannya rosak teruk.

Keadaan Litvinenko ketika terlantar di hospital setelah diracun.
Setelah tiga minggu dirawat, Litvinenko akhirnya menghembuskan nafas yang terakhir di Hospital University College, London, pada pukul 9.21 malam, 23 November 2006.

Selepas kematiannya, barulah bahan radioaktif sebenar yang diracun ke tubuh Litvinenko dapat dikenal pasti, iaitu polonium 210. Post mortem yang dijalankan mendapati dos polonium itu 10 kali ganda lebih tinggi daripada kadar yang boleh menyebabkan kematian. Kes keracunan polonium itu adalah yang pertama dilaporkan berlaku di dunia.

Rusia ketika itu dituduh terlibat dengan kematian Litvinenko. Mereka dikatakan telah meracunnya hingga maut. Bagaimanapun, kerajaan Rusia dan individu-individu lain yang disyaki menafikan dakwaan tersebut.

BACA:

Ramai tak tahu rupanya, Whatsapp kini boleh edit semula mesej yang telah dihantar dalam tempoh 15 minit

Pemuda ini kongsi pengalaman kerja di New Zealand buat ramai anak muda bercita-cita hijrah ke sana