Mat Kilau : Mujahid bidas Ramasamy

Mat Kilau Mujahid bidas Ramasamy

Mat Kilau : Mujahid bidas Ramasamy. Parti Amanah Negara (Amanah) membidas kenyataan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II, Dr P Ramasamy yang menganggap Mat Kilau bukan nasionalis tetapi sebagai pemimpin petani konservatif.

Naib Presidennya, Datuk Seri Mujahid Yusof berkata, kenyataan itu jelas prejudis kepada sikap antikolonial Mat Kilau yang sepatutnya dilihat sebagai satu kebanggaan kepada semua rakyat Malaysia.

Jelas beliau, tindakan itu jelas memperlihatkan sikap sebenar pemimpin DAP itu yang bertindak semberono demi populariti murahan untuk mengambil hati kelompok kecilnya.

“Apakah kerana namanya Mat Kilau seorang Melayu, Ramasamy jadi buta kepada prinsip mulia ini?

“Beliau tak perlu heret kepentingan sempit politik kelompoknya dengan cuba menafikan perjuangan antipenjajahan Mat Kilau.

Mat Kilau : Mujahid bidas Ramasamy

“Tema Mat Kilau bukan tentang Mat Kilau seorang nasionalis atau tidak, jauh sekali mengukuhkan UMNO atau mana-mana kelompok tetapi filem Mat Kilau adalah simbol antipenjajahan, antipenindasan dan anti pengkhianatan yang sepatutnya dimurnikan dalam politik negara yang gersang dengan semua nilai-nilai ini,” katanya dalam satu kenyataan menerusi hantaran di Facebook pada Ahad.

Mujahid yang juga Pengerusi Pakatan Harapan Perak berkata, kisah perajurit British berbangsa Sikh cuba diheret bagi menimbulkan kemarahan keturunan Sikh Malaysia sedangkan sejarah membuktikan penjajah itu memang menggunakan khidmat dari kelompok tersebut untuk menindas wilayah yang dikuasainya.

Menurutnya, British juga menggunakan pemimpin elit tempatan untuk memenuhi nafsu penjajah mereka.

Jelasnya, keturunan Sikh Malaysia tidak perlu tersinggung kerana Mat Kilau tidak pernah membenci mereka, Mat Kilau hanya pembenci kepada penjajahan.

Dalam laporan media pada 12 Julai lalu, Ramasamy menerusi kenyataannya meragui sama ada Mat Kilau boleh dianggap sebagai seorang nasionalis yang memperjuangkan bangsa atau agamanya.

Beliau menyifatkan Mat Kilau hanya pemimpin petani bersama pengikutnya berkonfrontasi dengan British dalam usaha mengembalikan dasar ekonomi yang bermoral. – Sinar Harian

BACA:

Mujahid luah rasa syukur akta syarie yang diusahakan masa jadi menteri akan berkuatkuasa

Perihal beruk, kera dan katak : Ini ulasan Mujahid

Artikel Sajat : Wartawan Harakah mohon maaf kepada Mujahid

CATEGORIES