Masya Masyitah tayang kereta mewah harga RM700K

Masya Masyitah tayang kereta mewah harga RM700K

Masya Masyitah tayang kereta mewah harga RM700K. Walaupun ramai anak muda sedang mengejar impian memiliki kereta idaman, penyanyi muda Masya Masyitah sudah pun mampu membeli sebuah kereta mewah Porsche 718 Cayman. Kalau dilihat pada IG Stories-nya, Masya ada berkongsi dia memandu kereta sport tersebut dengan penuh bergaya.

Menurut tinjauan kami di Instagram Masya, pemilik nama Siti Nurmasyitah Mohd Yusoff itu bergambar dengan kereta mewah miliknya yang berwarna biru terang dengan harga mencecah RM700k. Dalam gambar yang dimuatnaik pada September yang lalu, Masya berkata, tiada yang mustahil di dalam dunia ini, dan apa sahaja boleh dilakukan dengan yakin.

“Tiada yang mustahil di dunia ini…Apa sahaja boleh dilakukan dengan yakin”- tulisnya

Masya Masyitah tayang kereta mewah harga RM700K

Untuk info yang dipetik dari Careta, Porsche model 718 Cayman GT4 dan 718 Spyder hadir dengan enjin 4.0 liter aspirasi natural flat-six yang digandingkan dengan transmisi manual enam nisbah kelajuan. Dari segi spesifikasi, ia membawakan angka output setinggi 420 PS dan daya kilas 420 Nm yang membenarkan pecutan 0-100 km/j sepantas 4.4 saat dan mampu mencapai kelajuan tertinggi 301 km/j.

Terdahulu, penyanyi berusia 22 tahun ini berjaya membeli rumah keduanya dengan hasil titik peluhnya sebagai anak seni. Rumah kedua dibelinya baru-baru ini selepas berjaya membeli sebuah kondominium berharga RM300,000 secara tunai ketika berusia 19 tahun.

BACA LAGI:

Air mata Nuha akhirnya jatuh, “terima kasih viralkan saya semula”

Ini sebab anak lambat cakap walaupun dah capai umur 2 tahun

Pemain Dota Malaysia jadi jutawan, raih hadiah RM2.84 Juta

CATEGORIES