Masuk hari kelima, kelibat kabinet Ismail belum kelihatan

Masuk hari kelima, kelibat kabinet Ismail belum kelihatan

Masuk hari kelima, kelibat kabinet Ismail belum kelihatan.Masuk hari kelima Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri, tumpuan tentunya terus terarah kepada keanggotaan barisan Kabinet kerajaan yang masih belum diumumkan.

Ada yang menyifatkan tempoh ini sudah cukup lama kerana negara sekarang sedang berhadapan dengan pandemik Covid-19 yang serius dan memerlukan pemimpin yang mampu mengemudi setiap kementerian dengan baik.

Namun jika ingin dibandingkan tempoh yang digunakan oleh bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mengumumkan barisan kabinetnya tahun lalu, ia hanya diumumkan selepas hari kesembilan menjadi Perdana Menteri.

Itu berlaku selepas senarai barisan Jemaah Menteri yang dipersembahkan oleh Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Berdasarkan perkembangan terbaru, wujud dakwaan Ismail Sabri dijadualkan akan menghadap Al-Sultan Abdullah pada Rabu (hari ini) bagi mempersembahkan senarai Jemaah Menteri baharu kerajaan.

Masuk

Barisan anggota kabinet yang telah mendapat perkenan itu nanti juga dijangka mengangkat sumpah esok dan mesyuarat sulung kabinet kerajaan baharu dikatakan akan berlangsung pada Jumaat.

Tempoh masa itu digambarkan bertepatan dengan kenyataan Ismail Sabri yang beliau akan mengumumkan senarai barisan Kabinet dalam minggu ini.

Bagaimanapun tiada sebarang maklumat terperinci dan pengesahan rasmi berhubung perkara tersebut.

Pada masa sama, meskipun senarai kononnya embargo bagi jawatan-jawatan menteri telah tular sejak awal lagi, rumit untuk membuat jangkaan yang diyakini tepat kerana ada yang menyifatkan Ismail Sabri sebagai seorang yang sukar untuk ‘dibaca’.

Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang masih ditangguhkan juga membuatkan episod cerita politik kali ini lebih dramatik kerana dilapor telah menimbulkan kegusaran dalam kalangan pemimpin UMNO.

Sementara itu, ramai pihak bukan sahaja pembangkang malah dari blok kerajaan yang mahu melihat saiz Kabinet yang lebih kecil dan lantikan menteri berikan kepada individu yang benar-benar boleh berfungsi sahaja selain menolak kumpulan pemimpin kluster mahkamah.

Isu jawatan timbalan perdana menteri juga tentunya menjadikan perdebatan keanggotaan kabinet ini lebih hangat kerana dikaitkan dengan ‘jaminan’ sokongan yang bakal diperoleh daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Bagaimanapun sama ada jawatan itu akan diwujudkan atau tidak, ia masih menjadi tanda tanya dan terpulang kepada strategi yang diatur oleh Ahli Parlimen Bera itu.

Bagaimana wajah kabinet beliau nanti juga disifatkan bukan hanya akan mencerminkan masa depan pentadbiran Malaysia di saat negara berdepan situasi sukar melawan pandemik ini malah masa depan UMNO sendiri.

Adakah teka teki tersebut bakal terjawab hari ini? Kita nantikan perkembangannya.

Berita Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/157505/BERITA/Nasional/Tertunggu-tunggu-wajah-kabinet-Ismail-Sabri

BAca: SU Politik Azmin nafi ada ugutan tarik balik sokongan kerana mahu TPM

CATEGORIES