Masjid, Surau mukim di Kelantan tidak dibenar solat Jumaat dan Tarawih

Masjid, Surau mukim di Kelantan tidak dibenar solat Jumaat dan Tarawih

Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) mengarahkan semua masjid mukim, surau dan musolla di seluruh negeri itu ditutup dan sebarang aktiviti, termasuk solat Jumaat dan Tarawih tidak dibenarkan.

Tetapi, Yang Dipertua MAIK, Tengku Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz, berkata masjid negeri, bandar dan jajahan dibenar mengadakan aktiviti ibadat seperti solat Jumaat dan Tarawih dengan 50% kapasiti masjid.

“Aktiviti lain termasuk tazkirah, tadarus al-Quran, iktikaf dan lain-lain tidak dibenarkan.

“Jemaah hendaklah berada dalam saf dengan penjarakan 2m,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berharap semua pihak akan memberikan kerjasama atau tindakan akan diambil kepada mereka yang gagal mematuhi peraturan itu.

Minggu lalu, kerajaan mengumumkan perintah kawalan pergerakan (PKP) dilaksanakan di Kota Bharu, Pasir Mas, Pasir Puteh, Bachok, Machang, Tumpat dan Tanah Merah mulai 16 hingga 29 April ini.

May be an image of text

Senarai masjid bandar dan jajahan yang dibenarkan beroperasi

1: Masjid Muhammadi, Kota Bharu

2: Masjid Al-Sultan Ismail Petra, Kubang Kerian

3: Masjid Al-Ismaili Bandar Baru Pasir Pekan

4: Masjid Sultan Muhammad II, Telipot

5: Masjid Sultan Mansor, Kampung Sireh

6: Masjid D’raja Long Yunus, Langgar

7: Masjid Bandar As-Salam, Pengkalan Chepa

8: Majlis Ismaili, Tumpat

9: Masjid Mahmoodi, Bachok

10: Masjid Ibrahimi, Pasir Puteh

11: Masjid Sultan Yahya Petra, Machang

12: Masjid Tengku Muhammad Faris Petra, Kuala Krai

13: Masjid Tengku Muhammad Faiz Petra, Gua Musang

14: Masjid Sultan Muhammad 1, Jeli

15: Masjid Sultan Muhammad III, Pasir Mas

16: Masjid Ismail Petra, Tanah Merah

17: Masjid Bandar An-Nur, Kuala Krai.

Sumber: