Masjid bukan zon eksklusif,semua berhak jadi tetamu Allah

Perkara ni dah banyak kali aku tulis. Hangpa tak setuju dgn aku hangpa punya pasal. Tapi aku nak kata, masjid bukan zon ekslusif untuk orang masjid. Masjid rumah Allah dan semua orang berhak jadi tetamu Allah di rumah-Nya.

Semua orang maknanya orang tutup aurat dan tak tutup aurat, orang kaya dan orang miskin, orang dewasa dan kanak-kanak, lelaki, perempuan atau khunsa (termasuk Sajat) bahkan orang Islam dan bukan Islam.

Apabila aku tulis aku tak setuju disyaratkan perempuan nak masuk masjid kena pakai tudung (tutup aurat) ada lebai mangkuk tanya, lelaki pakai boxer boleh masuk ke?

Kalau nak jawab sepatah, aku jawab boleh. Apa masalahnya? Biarlah lelaki pakai boxer masuk masjid. Dah ada dalam masjid, berilah dia pakaian yang lebih elok. Kain pelikat ke, apa-apa ke. Bukan halang dia masuk masjid.

Bagi aku, tak patut letak papan tanda di pintu masjid, “zon menutup aurat” yang membawa maksud orang tak tutup aurat tak boleh masuk. Kenapa nak halang orang tak tutup aurat nak masuk masjid?

Kalau orang tak tutup aurat nak masuk masjid untuk solat, macam mana? Nanti lebai kata, orang tak tutup aurat solat Tuhan tak terima. Mana lebai tahu? Bila pulak Tuhan lantik lebai jadi tukang tentu solat Tuhan terima atau tolak?

Nanti lebai kata lagi, kalau nak masuk masjid, tutuplah aurat. Inilah masalah lebai. Depa suka ukur orang semata-mata dengan penampilan lahiriah. Depa anggap semua orang dedah aurat orang jahat yang tak layak masuk masjid.

Begini lebai. Orang tak tutup aurat salah kerana tak tutup aurat. Tapi takkan kerana tak tutup aurat maka dia dihukum jahat secara menyeluruh? Boleh jadi dia tak tutup aurat, tetapi seorang dermawan, atau seorang penggiat masyarakat atau pembela wanita tertindas

.
Lebai pula nampak di luar bukan main bagus, tapi mungkin kedekut pahit. Kaki kencing bini dengan anak-anak, mulut jahat dengan jiran, derhaka ibu bapa. Lebai nampak baik di luar, tapi dalaman siapa tahu.

Sebab itu lebai jangan prejudis dengan orang lain. Jangan mudah hukum orang sekadar tahu seimbas lalu melalui penampilan lahiriah sahaja. Gaya luaran bukan cerminan menyeluruh untuk isi dalaman.

Sebab tu aku tulis dalam kritikan aku terhadap Mentega, ini antara perkara yang Mentega kena selesaikan iaitu merungkai masjid sebagai zon ekslusif untuk orang masjid. Sesetengah orang masjid rasa diri depa suci dan kompom masuk syurga.

Aku tak setuju langsung peraturan ke masjid terlalu ketat sehingga ramai orang terasa masjid bukan ruang untuk dirinya. Nanti lebai kata, masjid rumah Allah yang mesti dimuliakan. Baik..

.
Kalau masjid rumah Allah yang mesti dimuliakan, kenapa buat peraturan masuk masjid kena tutup aurat? Wanita adalah hamba Allah yang Allah muliakan sama ada dia tutup aurat atau tidak. Kalau Allah muliakan dia, apa hak lebai nak halang dia?

Nanti tercemarlah masjid kalau ada wanita tak tutup aurat masuk. Lebai, sebenarnya masjid tercemar bahkan agama tercemar kerana ada manusia yang otaknya macam hangpa. Otak perasan hangpa suci, otak terasa agama hak hangpa saja.

Wanita dedah aurat tak sejahat hangpa yang jual agama. Dia buat satu kesalahan yang hangpa nampak, dedah aurat, padahal hangpa tiap-tiap hari bawa imej agama yang buruk, keras, hangpa tak nampak.

Dia dedah aurat, dia rosakkan diri dia sendiri. Hangpa jual agama, rosakkan diri hangpa, masyarakat dan agama. Sapa lebih jahat, antara wanita dedah aurat dengan lebai jual agama?

Sumber:

COMMENTS

Wordpress (0)