Masih tinggal sebumbung selepas bercerai, ini penjelasan peguam Syarie

Oleh MHDAILY

Masih tinggal sebumbung selepas bercerai, ini penjelasan peguam Syarie. Sejak akhir-akhir ini, kes penceraian di negara kita telah menunjukkan tahap yang agak membimbangkan lebih-lebih lagi semasa musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menurut statistik, direkodkan purata 121 permohonan difailkan dalam tempoh sehari, manakala bagi permohonan penceraian membabitkan pasangan bukan islam pula seramai 18 kes.

Masih tinggal sebumbung selepas bercerai, ini penjelasan peguam Syarie

SCROLL UNTUK ARTIKEL PENUH πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»
SAMBUNGAN ARTIKEL πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»

Menurut Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mas Ermieyati Samsudin, pelbagai usaha telah dilakukan bagi memberikan sokongan kepada pasangan yang ingin bercerai.

Hal itu termasuklah dari segi mental serta sokongan keluarga untuk meneruskan kehidupan yang sedang berdepan masalah terutamanya semasa pandemik.

Seorang Peguam Syarie beri penerangan isu cerai tinggal sebumbung

Bagaimanapun, pasangan suami isteri yang sudah bercerai sama ada talak satu atau dua masih boleh tinggal sebumbung walaupun telah disahkan bercerai oleh mahkamah.

Perkara itu diulaskan oleh seorang peguam Syarie dan Konsultan Perundangan Islam, Fahmi Ramli menerusi perkongsiannya di laman Facebook.

Bagaimanapun, tempoh tersebut hanya dibenarkan sehingga isteri telah tamat tempoh iddahnya. Walaupun dibenarkan, pasangan tersebut perlu tinggal di bilik yang berasingan.

Walaupun sudah bercerai dan telah disahkan oleh mahkamah penceraian itu, tetapi pasangan tersebut masih mempunyai iddah raj’i kerana mereka masih berpeluang untuk rujuk kembali.

Bagaimanapun, beliau juga menasihati pasangan yang sudah bercerai agar tinggal berasingan terlebih dahulu bagi mengelakkan sebarang fitnah.

Tetapi, sebaiknya pasangan yang telah bercerai ini tinggal berasingan dahulu sementara walaupun mereka berniat untuk rujuk semula bagi mengelakkan fitnah.

Bagaimana pula dengan orang yang telah dihukum cerai Fasakh?

Mengulas lanjut, Fahmi turut mengulas bagaimana situasi bagi pasangan yang telah diceraikan atau menerima hukum cerai Fasakh.

Menurutnya, cerai Fasakh adalah talak bain surgha yang mana sesebuah pasangan yang tidak boleh dirujuk kembali.

Kalau dalam keadaan yang telah disabitkan talak bain surgha sama ada fasakh atau tebus talak, memang isteri kena beriddah juga. iaitu tiga kali suci.

Tambahnya lagi, pasangan tersebut tidak dibenarkan untuk duduk bersama kerana mereka tidak boleh rujuk semula serta tidak terikat dengan iddah raj’i.

Walaupun isteri mempunyai Iddah, mereka juga tidak boleh duduk bersama sebab dia bukan iddah raj’i, mereka kena duduk berasingan kerana sudah tiada apa-apa ikatan.

Bagaimanapun, menurutnya, jika pihak lelaki yang tidak berpuas hati dan ingin membuat rayuan, dia perlulah memohon pergantungan perintah fasakh di mahkamah sehinggalah dibuktikan fasakh tersebut tidak boleh lagi dipertikaikan.

BACA JUGA :Β Rauf bakal jadi Ketua Menteri jika UMNO menang PRN Melaka?