Masih bersembunyi, Sajat mungkin dah lolos ke luar negara guna “jalan tikus” – KPN

Masih bersembunyi, Sajat mungkin dah lolos ke luar negara guna “jalan tikus” – KPN

Usahawan kosmetik terkenal iaitu Nur Sajat masih lagi belum dapat dikesan pihak berkuasa. Dia sebelum ini didakwa bersembunyi selepas waran tangkap terhadapnya dikeluarkan pihak mahkamah.

Terbaru, menerusi laporan Astro Awani, Ketua Polis Negara iaitu Tan Sri Abdul Hamid Bador meminta agar usahawan tersebut segera beri kerjasama kepada pihak berkuasa dan keluar dari tempat persembunyiannya itu.

‘saya minta dia balik dan pergi ke mahkamah’

Difahamkan sehingga hari ini, pihak polis masih lagi belum dapat sebarang perkembangan mengenai keberadaan usahawan terkenal itu. Malah, cetus juga dakwaan di mana dia dipercayai berada di luar negara. Tambah Ketua Polis Negara lagi, pihak polis sebelum ini hampir berjaya mengesan keberadaan Nur Sajat namun, wujud ‘lorong tikus’ yang telah menggagalkan operasi itu.

Saya harap dia bertanggungjawab, itu private life dia, saya tahu, tetapi janganlah apabila dia berada di luar negara ke, tempat persembunyian, dia masih lagi hendak mencuit perasaan orang ramai dengan kenyataan dan tindakan yang dilakukannya, saya minta dia balik dan pergi ke mahkamah.

Tambahnya, pihak polis mempercayai usahawan tersebut kini berada di luar negara dan menggunakan ‘lorong tikus’ untuk melarikan diri ke sana.

Dia sudah memang di luar negara, masa dia lari dari mahkamah itu kita tidak dapat kesan, hanya kita tahu lebih kurang dia di mana. Kita ada teknik mengesan misalnya ada di Kedah, Perak, kita cuba hendak menahan dia di sempadan. Tetapi kena faham, sempadan kita bukan sahaja tembok, kalau mereka gunakan lorong tikus ini, sukar bagi kita.

Sumber:https://ohbulan.com/kita-cuba-nak-menahan-dia-di-sempadan-tetapi-ketua-polis-negara