Masa isu Sajat bertelekung Mujahid dipersalah, isu kahwin di India salah mak bapak pula

Hangpa tak payahlah dok pelaga aku dengan Hapiz Kodiang tu…! Aku dengan dia bukan sehari dua kenal. Aku pernah dok di Arau. Kodiang pula sebelah Arau saja, keloi pun dengaq. Jadi kami ni al-jar zi al-qurba (min haithu al-makan).

Kalau dia tak setuju dengan manhaj menteri agama PH, itu hak dia. Aku pula ada hak untuk tak setuju dengan manhaj dia. Yalah, dulu dia tak berapa mesra kerajaan PH, jadi dia tak nampak nak bela kerajaan PH sangat. Dia pun tak setujulah dengan manhaj pemimpin kerajaan PH.

La ni dia mesra (intim lagi… ha ha) kerajaan PN, maka tentulah dia akan bela kerajaan PN. Dia pun setuju dengan manhaj pemimpin kerajaan PN. Dalam isu Sajat dulu, ketika kerajaan PH kena serang, aku tak jumpa kenyataan dia tentang kewajipan ibu bapa Sajat.

Tapi kini, apabila orang ramai mula pulang paku buah keras kepada kerajaan PN, dia tampillah bela kerajaan. Bagi dia, tak perlulah salahkan kerajaan PN kerana pemain hoki wanita tu ada mak bapak. Tak patut la kerajaan disalahkan.

Dalam kes Sajat dia tak bela kerajaan, itu hak dia. Dalam kes kahwin ni, dia bela kerajaan, itu juga hak dia. Cuma apabila dia bersikap begitu, orang ramai nampaklah manhaj dia yang tidak konsisten.

Bagi orang ramai, isu kahwin ni bukan isu berdosa atau tidak. Semua orang tahu tentang hukum. Orang persoalkan sikap yang tidak konsisten. Apa sikap tu? Kini cari alasan untuk bela kerajaan PN. Dulu, cari alasan untuk salahkan kerajaan PH. Itu saja anekdot atau nuktahnya.

Apa-apa pun terpulanglah dekat dia sebab dia orang alim. Berbanding aku, ilmu dia langit. Ilmu aku ni hujung kuku dia pun tak dak. Aku ni orang politik yang dah masak dengan kerenah orang ramai dalam isu politik.

Cuma nasihat aku ialah, jadi orang berilmu kena jujur. Jika kita ada dalil untuk sesuatu perkara, dalil itu juga perlu diguna untuk perkara lain yang serupa dengan perkara pertama tadi. Dalil adalah ujian utk orang berilmu. Penggunaan dalil akan menyerlahkan kejujuran ilmuan.

Ok…Ustaz Hapiz Kodiang, nanti saya pi Shah Alam kita pekena roti canai tang-tang mana. Bukan senang nak pau duit orang Kodiang ni. Tapi saya tau, orang Kodiang hatinya penuh taman. Ha ha ha….!

Sumber :