Marshanda disahkan hidap kanser payudara

Oleh MHDAILY

Marshanda disahkan hidap kanser payudara. Pelakon dan penyanyi terkenal Indonesia, Marshanda, mendedahkan dirinya kini sedang menderita kanser payudara.

Perkara tersebut dikongsikan pemilik lagu popular Sejuta Cinta itu menerusi satu hantaran video yang berjudul ‘I Have Breast Tumor’, di platform Youtube miliknya.

Menurut Marshanda, dia menyedari keadaannya pada waktu ini boleh menyebabkan sesuatu perkara yang tidak dijangka berlaku iaitu kematian.

SCROLL UNTUK ARTIKEL PENUH 👇🏻👇🏻👇🏻
SAMBUNGAN ARTIKEL 👇🏻👇🏻👇🏻

Maka, bekas isteri kepada pelakon, Ben Kasyafani itu sudah mempersiapkan diri untuk meninggal dunia dalam keadaan yang baik.

“Saya datang ke Singapura dengan niat untuk melakukan MRI. Saya di sini untuk berjuang untuk kesihatan saya.

Marshanda disahkan hidap kanser payudara

“Saya juga sudah bertanya dengan abang, iaitu bekas suami saya. Kalau mahu meninggal, disebut La Ilaha illallah, iya kan?

“Jadi, saya bersedia. Saya membawa telekung dan sejadah ke Singapura,” tuturnya bernada sebak.

Mengulas lanjut, dia meminta agar semua mendoakan yang baik-baik selain meniupkan semangat dari jauh buat dirinya untuk menempuh ujian Allah itu.

“Kematian adalah sebahagian dari putaran kehidupan. Saya tak mahu anda semua khuatir.

“Tolong doakan sahaja, bagi anda yang percayakan tuhan tolong doakan saya.

“Bagi yang tidak percaya pula, sila berikan tenaga yang baik untuk saya.” katanya.

Menerusi video tersebut juga, pelakon sinetron terkenal Sejuta Cinta Marshanda itu ada meninggalkan
pesanan buat anak perempuannya, Sienna Kasyafani, dengan harapan agar anaknya itu mendoakannya jika dia sudah tiada nanti.

Selain itu, dia turut meminta Sienna untuk mendengarkan lagu yang ditulisnya buat puteri kesayangannya itu.

“Jika Sienna menonton ini, ingat kata ibu, kita banyak bercakap beberapa hari lepas. Ibu beri kamu lagu yang ibu ciptakan. Dengarlah lagu itu.

“Lihat, ibu gembira. Dan kalau ibu pergi, ibu juga gembira jika awak mendoakan,” ujarnya.

Sekadar informasi, Marshanda kini berada di Singapura bagi mendapatkan rawatan lanjut mengenai penyakit yang dihidapinya.

BACA:

Rumah ‘The Conjuring’ bakal dijual RM6.6 Juta

Bill Gates sekali lagi ramal pandemik baharu akan muncul

Lelaki kongsi perbezaan ketara isi minyak di Petronas dan Shell