Marang catat rekod kompaun tertinggi Op Patuh

Marang catat rekod kompaun tertinggi Op Patuh

Marang catat rekod kompaun tertinggi Op Patuh. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengeluarkan kompaun berjumlah hampir RM28,000 pada hari pertama Ops Patuh yang dijalankan di seluruh negeri, semalam.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Rohaimi Md Isa berkata, kompaun itu dikeluarkan kepada industri dan individu yang gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.O.

Katanya, kesalahan membabitkan industri seperti tidak melaksanakan penjarakan fizikal (penandaan) dan gagal memastikan pekerja mendaftar masuk dan menulis suhu dalam buku pendaftaran.

marang

“Manakala, kesalahan bagi individu pula adalah gagal melakukan imbasan pada kod MySejahtera, tidak mendaftar dalam buku pendaftaran masuk ke premis dan tidak memakai pelitup muka di tempat kerja,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, daerah Marang mencatatkan nilai kompaun paling tinggi iaitu RM11,500 diikuti Kemaman (RM10,000), Besut (RM4,500) dan Dungun (RM1,500).

“Ops Patuh akan diteruskan bagi memastikan kilang dan pekerja mematuhi SOP bagi mengelak penularan wabak Covid-19,” katanya.

“Justeru, sektor industri termasuk pekerja dan orang awam perlu membantu kerajaan memutuskan rantaian pandemik ini dengan mematuhi SOP yang ditetapkan,” katanya.

Berita Penuh : https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/07/726046/daerah-marang-rekod-kompaun-tertinggi-op-patuh

BACA JUGA : Tular dinding diconteng, Pas Perak tampil dengan penjelasan