“Manis sangat ni” -Anak Erra Fazira bertudung dipuji

Baru-baru ini pelakon, Erra Fazira memuat naik posting di Instagram

Beliau menunjukkan dia meluangkan masa berkualiti bersama anak tunggalnya, Engku Aleesya.

Menerusi entri tersebut, dapat dilihat Erra Fazira mengenakan pakaian sedondon dengan anak perempuannya ketika menghadiri sebuah ‘event’.

“Manis sangat ni” -Anak Erra Fazira bertudung dipuji

Walau bagaimanapun, ruangan komen Erra dihujani dengan pujian warganet yang kagum dengan kecantikan anak dara pelakon Sembilu itu.

“Cantiknya anak dara Kak Erra, persis ayahnya, mewarisi kecantikan ibu,” kata seorang peminat.

“Manis sangat ni” -Anak Erra Fazira bertudung dipuji

“Cantik Aleesya bertutup sopan dan ayu macam mama,” ujar seorang warganet.

“Suka Aleesya sebab tak perlu seksi-seksi untuk popular. Pemalu pun ye,” kata seorang lagi netizen.

Sekadar info, Erra Fazira pernah mendirikan rumah tangga bersama Engku Emran Engku Zainal Abidin pada tahun 2007 namun berpisah pada 2014 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Engku Aleesya.

BACA:Tunang aku suami org, dah setahun isteri dia lari, dia nak ceraikan isteri tapi dia perlu supporter, lepas bercerai dia nak masa utk tempoh berehat, asyik berkurung di rumah”