Mangsa dedah lokasi bilik persalinan ada kamera, “ya itu saya..”

Mangsa dedah lokasi bilik persalinan ada kamera, “ya itu saya..”

Mangsa dedah lokasi bilik persalinan ada kamera, “ya itu saya..”. Tular video memaparkan rakaman daripada kamera tersembunyi di dalam bilik persalinan di sebuah pusat membeli belah.

Rakaman itu bukan sekadar mangsa menukar baju malah ada pasangan yang kantoi melakukan perbuatan yang tidak senonoh.

Update 1 🚨🚨🚨🚨
Salah sorang mangsa dalam video dah reach dm i, beliau mengesahkan kejadian berlaku di H&M Avenue K pada bulan October 2022 lepas, ada membeli baju dan ada resit dan ada gambar beliau memakai baju sama dalam video tersebut pic.twitter.com/fx2gBItYSi

— 𝓝𝓲𝓼𝓱𝓪𝓮 (@meleisgw) January 10, 2023

Seorang wanita telah menghantar pesanan kepada pemilik akaun Twitter @meleisgw dan mengaku dirinya salah seorang daripada mangsa dalam video tersebut.

Dia memaklumkan bahawa kedai tersebut adalah kedai pakaian H&M yang terletak di Avenue K, bilik yang terakam adalah bilik paling hujung disebelah kiri.

Pihak khidmat pelanggan H&M sendiri sudah memaklumkan bahawa laporan polis telah dibuat pihak mereka.

“Hai! Keselamatan pelanggan kami adalah amat penting bagi kami. Laporan polis telah dibuat dan siasatan sedang dijalankan.

“Kami telah menjalankan pemeriksaan ke atas semua bilik pemasangan dan sedang berusaha untuk memastikan tiada pelanggaran keselamatan yang akan menjejaskan privasi pelanggan kami,” ujar mesej yang dihantar kepada pemilik Twitter itu.

Pada masa sama, polis dikatakan telah menerima laporan berkaitan kejadian tersebut pada jam 4.38 Isnin lalu lapor Sinar Harian.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, perbuatan tersebut merupakan kesalahan bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan.

BACA JUGA : 

Butik terkenal kantoi letak kamera dalam fitting room

Kena sindir tak pandai ‘speaking’, sekali Safawi buka mulut semua terkejut

Syamsul mula buka mulut, dedah sebab sebenar block whatsapp Puteri Sarah

CATEGORIES