Mangsa buli kongsi kisah kemaluan diikat pada kipas

Seorang netizen di Facebook yang mendakwa sebagai mangsa buli, menceritakan nasibnya yang menyamai nasib si ‘adik berbaju merah’, mangsa buli di sebuah sekolah berasrama penuh di Perak.

Dalam perkongsiannya, dia berkata, di asrama ini banyak ‘anak-anak iblis’.

“Aku sedih tengok nasib budak baju merah yang viral tu, dia senasib dengan aku. Tapi aku bukan kena pukul dengan basuh baju, ada sehari tu pembuli lilit kemaluan aku dengan benang dan mereka ikat kat kipas.

Mangsa buli kongsi kisah kemaluan diikat pada kipas

CARA buli yang dikongsi netizen ketika pengalamannya di asrama.

“Tangan dua-dua kena ikat. Berpusing aku lari, sampai satu tahap mereka buka kipas level 3 aku kena lari laju-laju, bila aku penat nak lari habis putus benang tu. Luka kulit bawah aku,” ceritanya.

Ceritanya, dia ingat ada tiga orang yang membulinya itu sampai ke hari ini.

“Aku takkan maafkan korang sampai hari kebangkitan, kat dunia mungkin kau lepas tapi tunggu kat akhirat. Mana-mana mak bapak yang hantar anak-anak kat asrama tu selalu la call tanya khabar anak, kadang mereka ni takut nak bagitau,” katanya.

BACA JUGA : Ditawar wang RM1 juta, kereta Rolls-Royce jika setuju jadi isteri ‘Menteri’
3 ahli Bersatu jadi calon bebas PRN Sarawak dipecat

CATEGORIES