Mangsa banjir terperangkap atas bumbung, menantu PM diselamatkan dengan helikopter

Mangsa banjir terperangkap atas bumbung, menantu PM diselamatkan dengan helikopter

Penduduk disekitar kawasan kepadaran tinggi Shah Alam dan Kuala Lumpur antara yang terkesan dengan banjir besar yang melanda kawasan tersebut 2 hari kebelakangan ini.

Malah hujan lebat bakal diramal berterusan dalam beberapa hari lagi menyebabkann kerisauan berganda akan nasib yang bakal menimpa mereka dalam waktu terdekat ini.

Semalam sahaja, ribuan warga kawasan yang disebutkan terpaksa menempuh saat menakutkan apabila terperangkap dalam kepungan banjir besar akibat hujan lebat yang tidak berhenti-henti semenjak malam kelmarin.

Bukan sahaja risaukan keselamatan diri, malah anak-anak dan rumah yang ditinggalkan juga menambah kerisauan. Mereka yang gagal keluar selepas semua jalan darat terputus hubungan terpaksa menjadikan masjid sebagai tempat berteduh sementara menantikan banjir surut.

Namun, bukanlah semuanya menerima nasib buruk seperti rakyat kebanyakkan. Menerusi perkongsian seorang pengguna Twitter dengan nama akaun @diyanaaamira, dia sempat memuatnaik satu hantaran mengenai menantu kesayangan PM ke-9, ismail Sabri.

banjir

Menerusi satu perkongsian, netizen itu turut berkongsikan Insta Story menantu PM itu yang memuat naik paparan Waze berada di Shah Alam dan mengatakan mustahil untuknya pulang ke rumah disebabkan banjir.

Menantu tersebut, Jovian Mandagie yang berkahwin dengan anak perempuan Ismail dalam hantaran di Instagram miliknya menceritakan kerinduan untuk pulang bertemu isteri dan anak perempuannya selepas tersekat dalam banjir besar tersebut.

Namun, menantu kesayangan Ismail itu akhirnya berjaya pulang bertemu insan kesayangannya selepas dibawa keluar dari kawasan bencana menaiki sebuah helikopter.

Diyana dalam nada marah menyifatkan menantu Ismail seorang yang bongkak apabila memuat naik gambarnya sedang menaiki helikopter tersebut.

Kemudian, menantu PM itu dilihat memuat naik pemandangan dari atas kawasan banjir melalui helikopter serta berkongsikan gambar akhirnya dapat bersama anaknya berserta kapsyen ‘home sweet home’.

Perkongsiannya itu mengundang rasa kurang netizen yang mengecam tindakannya itu apabila menayang di Instagram sedangkan ada yang tersangkut di atas bumbung serta tidur di dalam hujan dan terperangkap di dalam kereta.

Perkongsian tersebut walaubagaimanapun sudah dipadam daripada Insta Story miliknya. Mungkin sedar tindakannya itu mengundang kecaman ramai.

 

BACA JUGA :

Tular kes 16 hanyut di Telemong, ini penjelasan bomba

Lebuhraya Persekutuan jadi tempat tidur mangsa terkandas banjir

Terkini !!! Ini senarai laluan banjir yang ditutup

 

CATEGORIES