Mangsa banjir di Bentong dan Karak juga terputus bekalan makanan beberapa hari

Mangsa banjir di Bentong dan Karak juga terputus bekalan makanan beberapa hari.Apabila sekumpulan sukarelawan bergerak ke Bentong dan Karak yang dilanda banjir, tanpa mereka sedari, penduduknya telah beberapa hari ketiadaan makanan dan air minuman.

Sangka mereka, penduduk telah mendapat bantuan selepas dua pekan yang berada betul-betul di luar Lembah Klang itu hampir ditenggelami air bah, sama seperti Shah Alam dan Klang di Selangor.

Kuhan Selva daripada Kolej Sai berkata, apabila beliau dan rakan-rakannya memandu ke kedua-dua pekan di Pahang itu, mereka terkejut melihat jalan raya yang dipenuhi lumpur setebal seinci, menyukarkan mereka sampai ke kawasan perumahan.

“Dengan bantuan polis, kami dibawa melalui lorong-lorong belakang yang kurang terhalang, itu pun kami tidak dapat memandu jauh,” katanya kepada FMT.

Sukarelawan mengagihkan bantal dan selimut kepada penduduk yang terjejas di Taman Karak Indah.
Kuhan dan rakan-rakannya membawa tilam, selimut, bantal, tuala wanita dan lampin pakai buang bagi mangsa banjir.

“Kami ambil sedikit biskut kerana kami ingat mereka (mangsa banjir) cukup makanan. Namun kami diberitahu, peralatan dapur mereka dihanyutkan air bah.

Sukarelawan mengagihkan tilam kepada mangsa banjir di Bentong, Pahang.
“Semua restoran dan kedai runcit turut ditutup kerana banjir. Mereka tiada makanan,” katanya.

Beliau menggesa sukarelawan menyalurkan lebihan makanan dan bantuan dari pusat pemindahan sementara di Shah Alam dan Klang ke dua pekan itu.

Lapisan lumpur tebal bekas banjir di Pekan Karak.

 banjir
“Kami juga berada di Shah Alam dan Klang, dan kami lihat jumlah makanan dan bantuan yang datang. Ini juga boleh dihantar kepada mangsa di Bentong dan Karak,” katanya.

Kuhan berkata, selain kekurangan makanan dan air minuman bersih sejak 18 Dis lepas, penduduk di kedua-dua pekan itu turut mengalami gangguan bekalan elektrik.

Beliau dan rakan-rakannya sempat mengagihkan tilam, bantal dan selimut kepada 300 keluarga, namun jumlah itu tidak sampai ke kawasan kediaman yang kecil.

“Masih ramai yang memerlukan bantuan,” katanya.

BACA JUGA:

Pengasas WCEF malu bila dapat tahu Najib sampai ucaptama
Kami perlu i-Citra, bantuan RM1,000 tak cukup – mangsa banjir
Selepas Rina, Ismail Sabri pula dikecam kerana posing ‘main-main sodok’