Malu dapat PM macam ini…

Malu dapat PM macam ini…

Malu dapat PM macam ini… .PM : Jangan Naik Bendera Putih Atau Hitam, Bendera Biru Tak Apa
Lalu dia ketawa.

TS Mahiaddin kata kerajaan sudah ada rekod mereka yang perlukan bakul makanan. Tak perlu naikkan bendera putih.

Malu Bila seorang pemimpin “lost touch” dengan keadaan sebenar rakyat, perkara begini pun dijadikan bahan ketawa.

Kemudian dia kata “kalau tengok kebanyakan rumah ni, dapur dah penuh kot.”

Lalu dia ketawa lagi.

Malu

Dengan segala hormatnya, saya menjemput TS Mahiaddin, Perdana Menteri Malaysia, untuk datang ke Johor Bahru dan lawat sendiri rumah-rumah mereka yang kesusahan. Tengok dapur mereka penuh atau tidak.

Puluhan dapur aku dah masuk minggu ni saja, dan di kawasan Larkin dan sekitarnya saja, KOSONG.

Ada yang sanggup beratur dalam hujan hingga sejam untuk dapatkan bakul makanan. Agak-agak dapur mereka penuh?

Nak bantu, silakan. Taknak bantu, takpe.

Tapi jangan sindir. Nasib rakyat bukan perkara yang boleh dibuat gurau.

Get back to reality. Turun padang. Lihat sendiri. Jangan main hadam saja apa yang punahsihat kata.

Malu dapat PM begini…

Sumber:

Jika Terlepas: