Malaysia tidak pernah sunyi dari isu video seks

Oleh MHDAILY

Malaysia tidak pernah sunyi dari isu video seks. Tanpa ilmu sosiologi, malah hanya dengan bersangka baik, kita akan terdorong untuk menggali kisah di sebalik setiap jenayah yang berlaku. Mereka yang mencuri mungkin terdesak kerana kesempitan, maka ia ada kaitannya dengan ekonomi. Mereka yang melakukan aksi lucah sehingga mencabul kehormatan orang lain, barangkali terbelenggu dengan penyakit mental, maka ia ada kaitannya dengan psikologi.

Apapun, kita perlu berhati-hati, agar kenaifan kita tidak diambil kesempatan. Ada bezanya antara mereka yang meragut beg tangan di tepi jalan untuk puluhan wang ringgit, dengan mereka yang merembat jutaan wang ringgit untuk beg tangan. Ada beza juga antara mereka yang mengalami penyakit mental sehingga berperlakuan tidak senonoh, dengan mereka yang sengaja menggunakan kuasa dan pengaruh sendiri untuk melepaskan nafsu ke atas orang lain.

Namun, persamaan yang dikongsi kedua-duanya adalah, di sebalik setiap jenayah yang berlaku, ada mangsa yang terkesan. Mereka yang diragut mungkin tercedera, atau sekurang-kurangnya, kehilangan wang tunai. Mereka yang dicabul, sudah tentu mengalami trauma, kemurungan dan sebagainya, dan boleh jadi detik hitam itu menghantui seumur hidupnya.

Baca Artikel Penuh