Malaysia tiada dalam senarai laluan kabel dasar bawah laut Facebook, Google

Oleh MHDAILY

Malaysia tiada dalam senarai laluan kabel dasar bawah laut Facebook, Google.Facebook baru-baru ini dalam kenyataan telah mengumumkan sistem kabel dasar laut sepanjang 12000 km yang menghubungkan Guam, Jepun, Taiwan, Filipina, Indonesia dan Singapura.

Jika anda tertanya mana negara kita, ya, Malaysia tidak tersenarai dalam rangkaian tersebut. Menurut laporan, Malaysia terlepas dalam projek tersebut disebabkan pengecualian polisi kabotaj yang dilakukan oleh bekas Menteri Pengangkutan Malaysia Datuk Seri Wee Ka Siong pada tahun lalu.

Buat makluman, polisi tersebut bukan sahaja menjejaskan ekonomi negara tetapi juga menyebabkan proses baik pulih kabel dasar laut yang rosak mengambil masa lebih lama. Bahkan, menjejaskan kestabilan internet di Malaysia

SCROLL UNTUK ARTIKEL PENUH 👇🏻👇🏻👇🏻
SAMBUNGAN ARTIKEL 👇🏻👇🏻👇🏻

Mengimbas kembali, Facebook dengan kerjasama Google ingin membangunkan sistem kabel dasar laut yang dijangka siap pada tahun 2024 dimana ia adalah untuk memenuhi permintaan data yang meningkat di rantau ini.

Malaysia

Dengan rangkaian internet negara kita boleh dikatakan agak menyedihkan, lebih memilukan apabila Malaysia terlepas peluang untuk terlibat bersama syarikat gergasi dunia Facebook dan Google.

Tambahan lagi, masalah politik negara yang juga bercelaru, mungkin kita hanya mampu menggigit jari apabila negara jiran seperti Indonesia akan menikmati jaringan lebih baik pada masa hadapan.

Berita Penuh : https://wiser.my/kabel-dasar-laut-baharu-facebook-tiada-malaysia-tapi-negara-jiran-ada?fbclid=IwAR0Lx_-qFkBPMaLRJJ8aEegYgyMj4sYfgy22OtdKDVFOShW09noN3ddAwjM

BACA: Tak pakai facemask waktu beli makanan, lagi sekali Annuar Musa undang kecaman