Malaysia terima 12 juta dos vaksin bulan ini – Khairy

Oleh MHDAILY

Malaysia terima 12 juta dos vaksin bulan ini .Malaysia bakal menerima lebih 12 juta dos vaksin Covid-19 bulan ini, sekali gus menjadikan tempoh tiga bulan akan datang sebagai kritikal dan mencabar dalam menjayakan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (Pick).

Menteri Penyelaras Pick Khairy Jamaluddin berkata dengan penerimaan jumlah besar bekalan vaksin itu, kapasiti pemberian vaksin akan turut dipertingkatkan di seluruh negara, bermula Julai ini.

“Sudah pasti (bermula) Julai akan jadi tempoh genting buat Pick,” katanya dalam rakaman video berdurasi 7.46 minit berhubung perkembangan program vaksinasi berkenaan hari ini.

Bagi memastikan cabaran pada bulan mendatang akan dapat dilalui dengan lancar dan teratur, Khairy berkata kapasiti vaksinasi di seluruh negara juga akan dipertingkatkan dengan pembukaan lebih banyak pusat pemberian vaksin (PPV) selain menambah tenaga kerja kesihatan dan sukarelawan.

Ketika ini, 1,400 PPV sedang beroperasi di seluruh negara. Selain PPV Mega, banyak PPV telah dibuka dalam pelbagai bentuk seperti di perkampungan Orang Asli, rumah ibadat, sekolah, universiti, dewan komuniti, tempat kerja, kawasan perladangan selain melaksanakan vaksinasi rumah ke rumah, katanya.

Baca Artikel Penuh