Malaysia tak lagi berada di luar ‘Lingkaran Api Pasifik’, ini 5 kawasan berisiko gempa bumi yang ramai patut tahu

Oleh MHDAILY

Malaysia tak lagi berada di luar ‘Lingkaran Api Pasifik’, ini 5 kawasan berisiko gempa bumi yang ramai patut tahu.

Kuala Lumpur diperkirakan sebagai kawasan di Semenanjung yang dijangka mengalami risiko gempa bumi

sehingga 6 magnitud berpunca daripada sesar aktif Bukit Tinggi yang berjarak hampir 50 kilometer.

SCROLL UNTUK ARTIKEL PENUH πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»
SAMBUNGAN ARTIKEL πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»

Malaysia tak lagi berada di luar 'Lingkaran Api Pasifik', ini 5 kawasan berisiko gempa bumi yang ramai patut tahu

Selain itu, empat lagi kawasan yang berisiko tinggi mengalami gegaran di sekitar garis sesar (garisan gempa bumi)

kawasan terbabit ialah Kuala Pilah di Negeri Sembilan, Manjung serta Temenggor di Perak dan Kenyir di Terengganu.

Ketua Penyelidik Kumpulan Penyelidikan Kejuruteraan Seismologi dan Gempa Bumi, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Prof Ir Dr Azlan Adnan berkata

negara perlu bersiap sedia dengan risiko gempa bumi kerana Malaysia bukan lagi berada di luar ‘Lingkaran Api Pasifik’, sebaliknya sudah berada dalam lingkaran api terbabit yang menjadikan negara terdedah dengan risiko gempa.

Menurut Azlan, hasil kajian berkaitan gempa bumi di Malaysia yang dijalankan sejak 25 tahun lalu mendapati, ada juga kawasan di Sabah dan Sarawak yang boleh terjadi gempa bumi sehingga 7 magnitud.

Di Sabah, Ranau, Lahad Datu dan Kudat antara kawasan berisiko dilanda gempa bumi.

Manakala di Sarawak, ia membabitkan Bintulu, Niah dan kawasan berhampiran Miri.

“Punca berlaku gempa adalah apabila plat bumi sentiasa bergerak, berlaga dan bergeser sehingga mencetuskan gempa bumi. Malaysia berada di bawah Plat Eurasian yang dikelilingi Plat Australia dan Filipina.

INFOGRAFIK.

“Malah kajian yang kita jalankan mendapati, kebanyakan kawasan bandar mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi, ekonomi yang sedang membangun, bangunan pencakar langit serta pembangunan lebuh raya bertingkat.

“Sebelum kejadian gempa bumi di Turkiye, saya sudah bertemu dengan pelbagai agensi terutamanya pihak berkuasa tempatan (PBT) supaya peta risiko gempa bumi perlu dibangunkan.

“Peta risiko ini bukan sahaja digunakan untuk mengenalpasti kawasan berisiko gempa bumi, tetapi merancang dan merangka operasi menyelamat mangsa dengan pantas dan cepat sekiranya ia berlaku.

“Bukan itu sahaja, pembinaan setiap bangunan di negara juga perlu mematuhi Malaysian Standard termasuk mengambil kira risiko gempa bumi sebelum dibangunkan,” katanya ditemui di pejabatnya di UTM, di sini.

Bercerita lanjut, Azlan berkata, ramai yang tidak tahu, sebenarnya Malaysia pernah alami gempa bumi tetapi pada skala kecil.

Katanya, di Empangan Tasik Kenyir, Terengganu pada 1984, pernah berlaku gempa bumi bermagnitud 4.6.

“Sebenarnya, bangunan rendah, 10 tingkat ke bawah, lebih berisiko tinggi untuk rosak dan runtuh sekiranya berlaku gegaran tanah, berbanding bangunan tinggi.

“Ini disebabkan sifat gempa bumi itu sendiri yang mempunyai gelombang bawah tanah dan isyarat yang sama gegaran frekuensinya dengan bangunan rendah.

“Orang ramai akan berfikir bangunan tinggi berisiko untuk runtuh jika berlaku gempa, tetapi menurut kajian yang dilakukan, ia sebaliknya.

“Di Malaysia, bangunan tinggi biasanya direka bentuk dengan betul oleh jurutera profesional kerana menelan kos yang tinggi. Ia berbeza dengan bangunan yang berketinggian 10 tingkat ke bawah, kerana itu bangunan rendah lebih terancam dari bangunan tinggi,” katanya.

Selain bangunan, Azlan berkata, dalam perbincangan bersama PBT juga ada menyentuh berkaitan struktur jalan raya di kawasan bandar raya yang dilihat akan terkesan.

Katanya, gempa bumi dengan kekuatan 6 magnitud juga mampu merosakkan struktur jalan raya.

“Di kawasan bandar raya, selalunya terdapat banyak lebuh raya dan pintasan susur yang berselirat.

“PBT perlu memikirkan solusi bagaimana jika gempa berlaku memusnahkan jambatan, adakah jalan sedia ada mampu melancarkan operasi menyelamat?

“Pendedahan ini bukan untuk menakutkan masyarakat, tetapi memberi pendedahan agar masyarakat lebih bersedia dan kerajaan juga boleh mengambil langkah awal untuk mengurangkan kesan gegaran gempa bumi dengan mengaplikasi kaedah yang sesuai,” tambahnya yang sudah menjalankan kajian tentang gempa bumi Malaysia sejak 1998.

Azlan yang juga ahli jawatankuasa yang terbabit dalam menghasilkan garis panduan bagi Malaysia Standard juga memberitahu, terdapat beberapa kaedah bagi mengurangkan getaran gempa bumi pada struktur.

Katanya, bagi bangunan lama, kaedah yang boleh digunakan ialah dengan memasang alat peredam di kerangka bangunan untuk menstabilkan gegaran bangunan.

“Satu lagi kaedah ialah pengasing tapak yang banyak digunapakai di Jepun dan terbukti berkesan.

“Pengasing tapak diletakkan di bawah bangunan, ia adalah alas yang diperbuat daripada lapisan getah dan besi yang mampu mengasingkan pergerakan bumi dengan bangunan. Kaedah ini bagus digunakan untuk hospital, jambatan dan bangunan yang berkepentingan,” tambahnya.

Malaysia terletak agak jauh dari garisan Lingkaran Api Pasifik: Pakar

Malaysia mungkin akan berada dalam ‘Lingkaran Api Pasifik’ namun ia mengambil masa jutaan tahun akan datang hasil pelanggaran Plat Australia dengan Plat Eurasia.

Pensyarah Kanan Jabatan Geologi, Fakulti Sains, Universiti Malaya (UM), Dr Muhammad Hatta Roselee berkata, jika dilihat dari kedudukan geologi, Malaysia terletak agak jauh iaitu kira-kira 500km hingga 600km dari garisan Lingkaran Api Pasifik.

“Kebanyakan gempa bumi yang berlaku di negara ini adalah daripada kesan gempa bumi atau dikenali sebagai after shock yang berlaku di negara jiran.

“Setakat ini, negara tidak mempunyai aktiviti gunung berapi aktif yang menjadi salah satu petunjuk penting jika sesebuah kawasan berada dalam Lingkaran Api Pasifik namun Malaysia tidak kebal untuk aktiviti seismik,” katanya.

Menurut Muhammad Hatta, Lingkaran Api Pasifik yang juga dikenali sebagai Circum Pacific-Belt adalah laluan sepanjang 40,000km lengkok gunung berapi dan parit lautan yang mengelilingi Lautan Pasifik.

Ia juga adalah zon yang kerap untuk gempa bumi dan letusan gunung berapi dan Lingkaran Api Pasifik ini terbentuk akibat pergerakan plat tektonik.

“Jika dilihat daripada kedudukan geologi, Malaysia terletak agak jauh iaitu kira-kira 400km hingga 500km dari garisan lingkaran api pasifik.

“Jarak ini dilihat agak jauh untuk meletakkan Malaysia dalam zon Lingkaran Api Pasifik dan kewujudan gunung berapi yang masih aktif juga menjadi penunjuk utama sama ada sesuatu kawasan itu berada dalam kawasan lingkaran api,” katanya.

Menurut Muhammad Hatta, negara Asia Tenggara seperti Indonesia dan Filipina jelas menunjukkan kedudukan terletak dalam Lingkaran Api Pasifik yang mana tidak dinafikan, banyak berlakunya aktiviti gempa bumi dan kewujudan gunung berapi yang majoritinya masih aktif.

“Hal ini adalah kerana kedudukan Indonesia yang terletak dalam zon aktif plat tektonik dan menerusi hasil cerapan aktiviti seismik yang terjadi di negara ini hampir kesemuanya adalah rendah yang tidak membawa kerosakan atau kemusnahan kecuali yang berlaku di Ranau, Sabah yang mana magnitud gempa adalah yang tinggi iaitu sekitar 5 hingga 6 skala Richter atau 6 pada skala Modified Mercalli,” katanya kepada Harian Metro, semalam.

Bagaimanapun, beliau berkata, pihak berkuasa perlu memantau jika pusat gempa berlaku di kawasan Laut Andaman atau Laut India yang boleh mengakibatkan tsunami yang akan memberi kesan pada pantai barat Semenanjung Malaysia.

“Walaupun gegaran tidak mengakibatkan kesan gempa bumi yang kuat akan tetapi sangat penting untuk kita mengambil kira berlaku kejadian Tsunami kerana gelombang seismik yang kuat boleh membuatkan ombak menjadi sangat tinggi.

“Ia juga boleh mengakibatkan kerosakan teruk serta kematian seperti apa yang berlaku pada gempa bumi di utara Aceh (Indonesia) pada 2013 di mana gempa ini mengakibatkan tsunami yang dahsyat di terutama kawasan pesisir pantai di negeri-negeri pantai barat seperti Kedah dan Pulau Pinang.

“Bagi negeri Sabah pula, negeri berkenaan terutama berdekatan kawasan Ranau ada menunjukkan aktiviti seismik yang mungkin boleh mengakibatkan gempa bumi dan pemantauan berkala perlu dilakukan supaya amaran awal dapat dikeluarkan jika terdapat potensi gempa bumi,” katanya.

BACA:Β 

Data peribadi pelanggan AKPK bocor, terdedah dalam β€˜dark web’

Sempena bulan syawal, Jasmine Suraya masuk Islam? Ini jawapan tuan badan

40 peratus kediaman umat Islam sekitar Lembah Klang punyai arah kiblat yang salah, berkiblatkan apa sebenarnya?