‘Malas layan tin kosong’ Ramli MS balas kritikan Man Bai

Oleh FAHMI ABBAS

Maestro muzik Datuk Ramli MS, atau lebih mesra disapa Tok Ram, memberikan respons terhadap kenyataan penyanyi senior Man Bai

Ada yang mempertikaikan kredibilitinya sebagai ketua juri dalam program Gegar Vaganza (GV).

“Kenapa Tak Kritik Dari GV1?”

Ramli mempersoalkan tindakan Man Bai yang hanya kini mengkritik format pertandingan GV walaupun program ini telah lama berlangsung.

“Program ini adalah realiti, setiap konsep dan kandungan program adalah berbeza. Ada pelbagai format dan kandungan.

'Malas layan tin kosong' Ramli MS balas kritikan Man Bai

“Tapi kenapa baru sekarang di GV11 nak buat aduan? Kenapa tak kritik dari GV1 lagi?” katanya kepada Gempak.

“Malas Layan Tin Kosong”

Ramli turut menyatakan bahawa dia enggan melayan kritikan tidak berasas, menyifatkan komen Man Bai sebagai tidak relevan dan tidak bernas.

“Saya malas nak layan komen kosong macam ini. Dia bercakap, tapi isi tiada.

“Ketuk tong, bunyinya saja yang kuat tapi tak ada apa-apa. Jadi, saya pilih untuk tidak melayan. Terima kasih,” ujar Ramli dengan tegas.

Kritikan Man Bai
Sebelum ini, Man Bai mendakwa bahawa GV bukan platform terbaik untuk penyanyi. Dia turut mengkritik format pertandingan tersebut yang dianggap memalukan dan menjatuhkan peserta.

Lebih panas, Man Bai turut mempertikaikan keputusan Ramli apabila tidak menobatkan Liza Aziz sebagai peserta terbaik pada minggu keempat GV11.

Program GV terus menjadi perhatian dan perdebatan, namun Ramli kekal dengan pendiriannya untuk tidak melayan kritikan yang dianggap tidak membina.

BACA: ‘Mak mertua tak kisah aku tendang anak dia, rupanya ini perangai sebenar isteri aku sampai mak dia pun penat nak tegur’

1 thought on “‘Malas layan tin kosong’ Ramli MS balas kritikan Man Bai”

Leave a Comment