Malakat Mall : Kemana menghilang BMF yang dilaungkan?

Pernah aku pergi ke Malakat Mall tu. Terus-teranglah, aku pergi bukan untuk membeli-belah, tapi sekadar untuk melihat-lihat.

Kalau betul-betul nak shopping, aku akan ke tempat lain. Tapi tak apa, bukan itu yang aku nak cerita.

Aku nampak, ada juga (semasa itu, sekarang aku tak tahu) barang-barang “non Muslim” tapi diletak di rak yang berbeza atau di lapisan bawah rak.

Ringkasnya, ada “kasta”. Kasta BMF dan non BMF. Tapi tak apa, bukan itu yang aku nak cerita.

Aku ronda-ronda seluruh mall. Barang-barangnya tersusun rapi. Pekerjanya agak ramai. Semuanya Melayu Muslim. Beruniform.

Secara asasnya, dari sudut susunan, menarik dan kemas. Tapi tak apa, bukan itu yang aku nak cerita.

Kebanyakan produk BMF adalah produk makanan. Ya, itulah yang orang kita pandai buat terutama makanan sejuk beku dan makanan segera.

Aku beli juga roti canai segera. Belilah, dah pergi. Tapi tak apa, bukan itu yang aku nak cerita.

Semua orang tahu, walaupun namanya produk Muslim, tapi bahan mentah terutama bahan utama, pengeluar Muslim membelinya daripada non Muslim juga.

Ringkasnya, jenama dan pembungkusan memang “Muslim” tapi sebahagian besar bahan mentah “non Muslim”. Tapi tak apa, bukan itu yang aku nak cerita.

Di luar premis, dilekatkan gambar pahlawan Melayu dengan kata-kata hikmat masing-masing. Mungkin bertujuan untuk mengambil semangat Melayu untuk melariskan bisnes.

Aku tumpang bangga dan bersemangat dengan gambar pahlawan itu. Tapi tak apa, bukan itu yang aku nak cerita.

Hari ini aku terbaca mall berkenaan bekerjasama dengan syarikat non Malay (berdasarkan gambar), GM Klang. Pengarah Urusan GM Klang ialah Lim Sek Kok (2015).

Nama sebegitu, rasanya bukan nama Melayu Muslim. Tapi tak apa, bukan itu yang aku nak cerita.

Kemana perginya BMF? Dulu, sesiapa tak setuju BMF dimaki, dituduh tak bantu orang Islam. Ada mufti yang turut terpengaruh dan tumpang sekaki berkempen.

Kini, kerjasama dengan bukan Melayu Muslim, masih relevankah kempen itu? Tapi tak apa, bukan itu yang aku nak cerita.

Aku nak cerita apa? Aku nak cerita, aku tak sokong kempen BMF. Itu saja.

Sumber:

COMMENTS

Wordpress (0)