“Maksu kata dia sebatang kara dan anak dia hampir diambil oleh pihak JKM tapi nasib Maksu tak baik, pembohongan dia terbongkar”

“Maksu kata dia sebatang kara dan anak dia hampir diambil oleh pihak JKM tapi nasib Maksu tak baik, pembohongan dia terbongkar”

Hai semua nama aku Lili. Confession aku hari ni berkenaan makcik aku yang kami panggil Maksu.

Maksu adik kepada ayah aku, berumur 29 tahun. Maksu dengan abang aku yang pertama sebaya, nenek aku mengandungkan Maksu ketika berumur 44 tahun.

"Maksu kata dia sebatang kara dan anak dia hampir diambil oleh pihak JKM tapi nasib Maksu tak baik, pembohongan dia terbongkar"

Tak lama lepas ibu aku mengandung, nenek pun mengandung. Maksu ialah makcik aku yang paling bermasalah dalam adik beradik ayah dan disebabkan tu ayah ambil dia tinggal dengan kami. Masa mula-mula tu ayah selalu bergaduh dengan ibu sebab ibu tak suka Maksu tinggal bersama, setakat duduk sekejap tu dia okey.

Tapi orang kata alah bisa tegal biasa, lama-lama ibu dah tak cakap apa. Maksu mula duduk dengan kami masa dia tingkatan dua dan dia satu sekolah dengan abang aku. Sejak sekolah Maksu memang bermasalah dan ayah aku selalu je kena panggil.

Baca Artikel Penuh