Makhluk asing setinggi 213cm didakwa bakal mendarat di bumi 2022

Seorang pengguna media sosial yang mendakwa dirinya pengembara masa, meramalkan bahawa makhluk asing setinggi 213 sentimeter bakal mendarat di Bumi, Mei tahun depan, lapor akhbar The Sun semalam.

Pengguna TikTok yang menggunakan akaun @Futuretimetraveller itu berkata, tarikh sebenar ketibaan makhluk asing itu adalah pada 24 Mei 2022.

“Berdasarkan masa saya, terdapat banyak makhluk asing daripada pelbagai jenis akan hidup di sini sebagai penduduk Bumi pada masa depan,” katanya.

Makhluk

Kumpulan makhluk asing itu dikatakan akan tiba secara aman, namun ia diserang oleh AS. – Getty Images

Individu yang mendakwa dirinya datang dari masa depan itu turut menamakan kumpulan makhluk asing itu sebagai ‘Nirons’ yang akan tiba secara aman.

“Amerika Syarikat (AS) akan menyerang makhluk asing tersebut serta memulakan ‘perang antara dimensi’,” ujarnya.

Video yang dimuat naik itu dikongsi lebih 90,000 kali dan menerima lebih daripada 2,300 tanda suka setakat ini.

“Dakwaan luar biasa memerlukan bukti yang luar biasa,” komen seorang pengguna.

Berita Penuh : https://www.kosmo.com.my/2021/07/23/makhluk-asing-didakwa-akan-mendarat-di-bumi-pada-2022/

BACA JUGA : Dua Adun Umno Melaka sah dipecat dari Umno, Ahmad Maslan dedah surat

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)