Majlis tahlil jadi kecoh! Motosikal selamba rempuh sampai jadi begini

Majlis tahlil jadi kecoh! Motosikal selamba rempuh sampai jadi begini. Seorang penunggang motosikal di Jakarta Selatan ‘merempuh’ hidangan makanan yang disediakan di atas lantai untuk tetamu sebuah majlis tahlil, lapor laman berita Detik hari ini.

Kejadian tersebut berlaku di Jalan Terogong 3, Cilandak Barat dan tular di media sosial. Penunggang berkenaan dipercayai tidak sengaja bertindak demikian lantaran mabuk ketika kejadian.

Melalui rakaman sistem televisyen litar tertutup (CCTV) berdurasi 53 saat, tetamu dilihat sedang bersila menghadap makanan sebelum bertempiaran lari apabila motosikal itu meluru masuk di tengah-tengah hidangan.

Baca Artikel Penuh