Majlis Presiden PH didesak putuskan segera logo PH untuk PRU 15

Oleh MHDAILY

Mesyuarat Tahunan AMANAH Kawasan Parit Buntar kali ke 5 telah meluluskan usul mendesak Majlis Presiden Pakatan Harapan memutuskan segera penggunaan logo Pakatan Harapan untuk digunakan dalam Pilihanraya Umum ke 15.

Naib Ketua Pemuda AMANAH Parit Buntar, Muhammad Hadi Hairie Kamarudin mewakili Pemuda AMANAH Parit Buntar membawa usul berkenaan dalam Mesyuarat Tahunan AMANAH Kawasan Parit Buntar yang diadakan secara dalam talian.

Hadi Hairie berkata , keputusan segera Majlis Presiden Pakatan Harapan perlu dibuat memandangkan Pilihanraya Umum ke 15 sudah semakin hampir.

Baca Artikel Penuh