Majikan di Malaysia paling kedekut di Asia Tenggara, kata laporan

Oleh MHDAILY

Majikan di Malaysia paling kedekut di Asia Tenggara, kata laporan. Majikan di Malaysia merupakan antara manusia yang paling kedekut di seluruh Asia Tenggara dari segi bayaran upah apabila hanya membelan­jakan 25 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) untuk gaji, lapor akhbar utama Utusan Malaysia.

Berbanding dengan jiran serantau, Malaysia hanya menyumbang 25 peratus daripada KDNK dari segi upah kepada pekerja, berbanding Singapura 40 peratus, Indonesia 84 peratus, dan 76 peratus di Filipina.

Angka-angka ini menyumbang kepada saiz penduduk negara-negara yang disebutkan di atas – dengan Malaysia mempunyai 33 juta orang, Singapura 5.6 juta, Indonesia 273 juta, dan Filipina 109 juta orang.

Baca Artikel Penuh