Majikan dan pekerja perlu bincang pilih tarikh sesuai untuk cuti umum

Oleh MHDAILY

Majikan dan pekerja perlu bincang pilih tarikh sesuai untuk cuti umum. Majikan di sektor swasta dikehendaki berbincang dengan pekerja sama ada mahu memilih Isnin ini sebagai cuti umum atau menggantikannya dengan tarikh lain, demikian menurut Kementerian Sumber Manusia (KSM).

KSM dalam kenyataan hari ini memaklumkan sekiranya tiada penggantian, pekerja yang bekerja pada tarikh tersebut layak menerima kadar gaji bagi cuti umum.

“Kementerian menggesa majikan untuk memenuhi pemberian hari cuti umum tambahan berkenaan kepada pekerja masing-masing,” menurut kenyataan itu.

Baca Artikel Penuh