MAIS beri bantuan kepada 160 LGBT

MAIS beri bantuan kepada 160 LGBT

MAIS beri bantuan kepada 160 LGBT. Golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) juga tersenarai sebagai golongan asnaf Riqab yang dibantu Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).

Pengerusi Jawatankuasa Riqab MAIS, Tan Sri Hashim Meon berkata, pihaknya kini membantu 160 orang dalam golongan tersebut ketika ini.

“Kami telah bantu golongan ini sejak 10 tahun yang lalu, dengan harapan akan kembali ke jalan yang benar.

“Kalau secara keseluruhan, MAIS kini membantu 2,529 orang golongan asnaf Riqab pada ketika ini,” katanya pada majlis pelancaran Kempen Bulan Pembebasan Ar-Riqab di Mardhiyyah Hotel & Suites di sini, hari ini.

Menurutnya, sebanyak RM21.2 juta daripada peruntukan zakat pada tahun ini digunakan bagi membantu golongan asnaf riqab.

MAIS beri bantuan kepada 160 LGBT

Kata Hashim, bantuan yang diberikan mengikut keperluan setiap asnaf itu seperti membiayai rawatan kesihatan, perbelanjaan harian dan lain-lain lagi.

“Golongan asnaf Riqab ini adalah individu yang terbelenggu dengan masalah sosial dan aqidah seperti penagih dadah, sumbang mahram, terpesong akidah dan lain-lain lagi.

“Daripada 2,529 orang asnaf ini, individu penagih dadah yang paling ramai tapi saya tidak mempunyai jumlah sebenar berapa orang penagih dadah yang dibantu MAIS ketika ini,” ujarnya.

Dalam pada itu, Hashim berharap orang ramai boleh menyalurkan maklumat sekiranya terdapat individu yang berpotensi tergolong sebagai asnaf Raqib.

Ketika ini menurutnya, terdapat 28 buah pusat asnaf Raqib di seluruh Selangor yang berfungsi sebagai tempat perlindungan golongan ini.

BACA:

Ratu Elizabeteth II mangkat di usia 96 tahun

Ikan Tapah 50KG berjaya diumpan, ‘saya ingat buaya tadi’

Rundingan gelap: Ini respon Ismail Sabri

CATEGORIES