Mahfuz agih sumbangan kepada keluarga diarah jalani kuarantin sekitar Pokok Sena

Petang tadi saya dihubungi oleh seorang mantan MPKK dalam Mukim Hutan Kampung, Dun Bukit Pinang memaklumkan terdapat beberapa keluarga telah diarahkan menjalani kuarantin diri dalam rumah bagi memutuskan rantaian jangkitan COVID-19.

Saya berkesempatan bertanya khabar dan menyampaikan ‘Bakul Rahmah’ yang mengandungi barangan keperluan harian kepada 6 keluarga yang meliputi masing² satu keluarga di Kg Hilir, Kg Bohor, Tmn Mustika, dua keluarga di Kg Masjid Lama dan satu keluarga di Tmn Lelasari yang juga jiran sebelah rumah YB Adun Bukit Pinang.

Nasihat saya kepada semua, jika terdapat keperluan untuk keluar rumah mesti menerapkan konsep 3W merangkumi kerap mencuci tangan dengan air dan sabun (Wash), memakai pelitup separuh muka di tempat awam atau jika bergejala (Wear), dan amaran dari KKM yang lebih berkonsep peringatan (Warn).

Marilah kita bermohon kepada Allah agar musibah yang melanda ini dapat dihindari dari negara ini dan seluruh dunia,memperbanyakkan doa agar diberikan kekuatan menghadapi sebarang jenis musibah dan ujian serta berdoa agar musibah yang datang boleh kita hadapi.

Terima Kasih kepada mantan MPKK yang sentiasa bekerjasama dengan segala kemampuan yang ada dan pada masa yang sama meyakini rahmat dan pertolongan Allah SWT buat hambanya.

Sumber:

COMMENTS

Wordpress (0)