Mahasiswa diberi cuti 5 hari pulang mengundi PRU-15

Mahasiswa diberi cuti 5 hari pulang mengundi PRU 15

Mahasiswa diberi cuti 5 hari pulang mengundi PRU-15. Semua pelajar di Institut Pendidikan Guru (IPG), Kolej Matrikulasi, Kolej Vokasional dan Tingkatan Enam diberi cuti pelepasan selama lima hari untuk pulang mengundi bagi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Kementerian Pendidikan (KPM), memaklumkan pelepasan cuti itu diberikan bermula 17 hingga 21 November ini selaras dengan pengumuman dibuat oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengenai tarikh PRU15 pada 19 November ini.

“Tempoh pelepasan yang diberikan adalah bagi membolehkan pelajar mempunyai masa yang mencukupi untuk membuat perjalanan pergi dan balik ke lokasi pusat pengundian masing-masing.

“Ketetapan ini juga sebagai tanda sokongan KPM bagi pelaksanaan Undi18 yang diwartakan oleh kerajaan pada 1 Disember dan berkuat kuasa mulai 15 Disember 2021.

“Sehubungan itu, semua kelas atau aktiviti yang membabitkan pelajar dalam tempoh terbabit perlu ditangguhkan ke suatu tarikh lain. KPM sentiasa komited untuk terus melaksanakan yang terbaik,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mahasiswa diberi cuti 5 hari pulang mengundi PRU 15

SPR sebelum ini menetapkan 19 November sebagai hari pengundian bagi PRU15 dan Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bugaya, Sabah.

Tarikh penamaan calon pula ditetapkan pada 5 November, manakala bagi pengundian awal, tarikh ditetapkan pada 15 November.

Dengan penguatkuasaan Undi18, individu yang berusia 18 tahun akan didaftarkan secara automatik sebagai daftar pemilih.

Berdasarkan data, seramai 1.39 juta orang terdiri pengundi berusia 18 hingga 21 tahun akan mengundi pada PRU15.

BACA:

Ronaldo cipta sejarah beli rumah paling mahal di Portugal

Peminat nak ‘satukan’ Khai Bahar dengan Hawa Rizwana

Masya Masyitah tayang kereta mewah harga RM700K

CATEGORIES