“Madu ingat suami aku kaya, company tu aku punya, sekali aku pergi umrah doa supaya dapat madu lagi satu, tak sangka makbul!Aku bagi je suami kahwin lain padahal aku tahu dia tak mampu.
Kalau aku larang pun nanti orang laki ni buat jugak. Aku bawa suami aku pergi umrah, aku biar je madu tengok sebab dia takde duit nak ikut
Depan kaabah aku doa supaya madu aku ni dapat madu lagi satu. Biar dia rasa. Tak sangka makbul!
Okay, Kak Odah nak story pasal suami aku kahwin lagi satu. Kak Odah bagi jer dia nak nikah walaupun kalau nak ikutkan dia tak mampu pun.
Tapi Odah malas nak layan, sebab lagi ditegah kang dia buat ntah apa-apa lagi sakit hati.
Jadi dia nak nikah sangat, nikah la. Odah tak kisah. Syaratnya jangan lupa diri sudah. Dengan bini baru pandai-pandailah kumpul harta sendiri, jangan roger-roger Odah kalau terselit. Maka kami hiduplah bermadu. Sudah tentulah, mula-mula memang drama 352 episod juga.
Tapi Odah fikir malaslaa nak layan lagi drama berebut laki ni, aku bagi je mereka kahwin. Settle satu masalah.
Odah tak pernah ambil tahu hal madu. Odah pi umrah dengan suami, tinggalkan madu sebab dia takde duit nak beli tiket kapal tobang.
Huhu Odah buat keras jer tak layan, takkan kita plak nak lanje dia kan?? Odah doa depan kaabah, kasilaa Rokiah (bukan nama sebenar) madu macam Odah, hahahaha. Kiah ni janda anak satu tau. Rasanya dengan harapan nikah dengan suami Odah yang ada syarikat kontraktor ni dapat tumpang senanglah gamaknya tapi dia silap dia dapat tumpang bayang jer sebab company tu Odah punya.
Laki Odah ni kerja dengan Odah. Tu cita dia. Setahun lepas balik umrah tu, Kiah ni s4kit tau dak, warded. Paru-paru dia bocor ke apa ntah. Anak dia, laki Odah suruh tolong jagakan tapi Odah ingatkan klausa perjanjian 3.2 mengatakan Odah tak akan ambil peduli kalau berlaku apa-apa masalah dalam keluarga suami dengan Kiah.
Maka terkial-kial la suami hantar anak tiri dia pergi balik kampung rumah mentua. Bab ni kita kena tegas, nampak k3jam tapi tu la kaedahnya supaya kepala tak kena pijak. Sebab dah kena pijak sekalikan, itu yang dia nikah dengan si Kiah.
Jadi masa Kiah dalam proses recovery dia tak dapat berkhidmat sangat dengan suami kan, sebaliknya suami laa kena berkhidmat dengan Kiah. Kadang-kadang tu Odah yang untung sebab suami lepak rumah aku. Bijakkan aku. Siapa suruh gatal nak bersuamikan orang punyakan???
Dalam masa yang sama kantoi laaa ropanya suami Kiah, yang mana laki Odah ni ada makwe lagi satu. Hahahaha!!! Odah nak kabo alhamdulillah gais!!! Ntahlaaa, Odah macam dah immune plak. Kiah mengadu kat Odah yang suami ada makwe baru.
Aku cakap, jangan dilarang. Eloklah dapat kawan lagi sorang kah, kah kah!!!!! 3 bulan lepas tu nikah. KIAH kan dah semput, sikit-sikit semput. Apa salahnya ada kawan baru nama Wani, sebab muda remaja. Manis. Kiah kawan dengan Wani ni. Hahahaha!
Saje bako line Kiah! Rasain sama kamu Kiah. Ambil lagi orang punya. Bestkan???? Jadi kalau tak nak kena penyakit jantung, darah tinggi, migrain. Suami nak nikah, kasi je. Jangan persoalkan dia tak mampu, tak layan kita baik ke apa.
Biar dia menjawab nanti dekat sana kalau dia tak laksanakan tugas dia, tak berlaku adil ke apa. Kita yang masih hidup ni teruskan kehidupan usaha upgrade diri kita jadi lebih baik. Redha. Perkataan ni nampak simple tapi nak sampai level redha ni you all kena tempuh sikit cobaan.
Kalau boleh kawal diri, alhamdulillah bila kita redha setiap perbuatan kita ada keberkatan inshaAllah akan dipermudahkan. Kalau suami tu aniaaya kita, biar dia menjawab esok lusa. Kalau tak kat dunia, akhir4t nanti dia dapat balasan.
Kalau dia dah tak suka kita, dia akan lepaskan kita dengan cara baik. Baru gentlemen. Jangan bergantung harap pada manusia kerana manusia itu akan Iukakan hati dan perasaan kita dengan kejamnya. Cintailah Allah dengan lebih mendalam, pasti ada bahagia walaupun pada mulanya kita derita. Sabar, tabah kuatkan semangat.
Cinta manusia kalau dikejar dia lari. Biarkan je dia lari esok lusa dia cari kita balik dan jangan p4ksa orang sayang kita. Sekian. – Odah (Bukan nama sebenar)
Komen Warganet :
Suraya Zahid : Dulu-dulu isteri duduk rumah, 100% urus anak, suami, rumah, suami cari lain abaikan isteri tua. Terkial-kial nak cari duit untuk sara diri dan anak-anak bila ditinggalkan suami begitu. Kadang-kadang sampai rela diri berterusan dianiaaya suami asal anak-anak terus diberi nafkah.
Sekarang perempuan dah ambil pengajaran, belajar tinggi, supaya ada duit, suami tinggal tak bertali pun kurang-kurang takde lah rela dibiar dibodoh dipijak, atau takde sumber duit untuk diri dan anak-anak. Alih-alih para isteri pulak dah asyik nak kena perbaiki diri? Suami sempurna, maksum, tak perlu perbaiki diri sendiri? Ceit!
Indah Ratna : Nasihat kak odah ni terpakai kalau isteri gaji berkepuk-kepuk, reta lagi banyak dari suami . Yang duk meroyan ni, para isteri yang takde sumber pendapatan kak odah. Ada duit pun sendu-sendu ja. Kawan saya before this suri rumah, hidup have-have kayangan. Suami nak kawin baru, yang baru kata dia taknak bermadu. Diceraikan kawan saya macam kain burukssss kak odah oi. Mau tak meroyan.
Hayati Isa : Kalau sehelai baju pun akan dihisab kelak, macam mana la lelaki yang ada 2-4 bini tu ya. Semakin banyak benda untuk dipersoalkan di akhirat nanti. Good luck to suami odah kiah wani. Huhu
BACA:
Galak lebih ramai wanita islam sertai badan beruniform, Polis New Zealand dibenarkan bertudung
“Banyak manfaatnya” – Namawee mahu kerajaan halalkan pelacuran di Malaysia
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio