Macam first time nak buat sidang parlimen, tegur Najib

Macam first time nak buat sidang parlimen, tegur Najib

Macam first time nak buat sidang parlimen. Perdana Menteri Muhyiddin Yassin membuatkan ini seperti kali pertama sidang Parlimen akan diadakan, kata Najib Razak.

Bekas perdana menteri itu berkata demikian ketika mengulas kenyataan Muhyiddin bahawa sebuah jawatankuasa telah dibentuk untuk meneliti aspek-aspek penting sebelum persidangan Parlimen diadakan.

Macam first time

Bagaimanapun bagi Najib, perkara itu bukanlah sesuatu yang perlu dibuat kajian.

“Tak perlu kaji lagi, saya beri solusi.

“Langkah pertama: Hantar notis kepada Speaker untuk suruh Parlimen bersidang. Langkah kedua: Bersidang. Habis,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Kata Najib lagi, Yang di-Pertuan Agong dan Raja-raja Melayu sudah bertitah agar sidang Parlimen diadakan secepat mungkin.

“Yang di-Pertuan Agong dan Raja-raja Melayu tak titah untuk kamu bentuk jawatankuasa untuk kaji bagaimana Parlimen boleh bersidang.

“Seolah-olah ini adalah kali pertama Parlimen akan bersidang,” katanya lagi.

Terdahulu hari ini, Muhyiddin berkata jawatankuasa yang akan turut dianggotai pembangkang itu antara lain akan meneliti sama ada sidang Parlimen akan dibuat secara fizikal atau hibrid.

Katanya lagi, wujud keperluan untuk mengambil kira soal persiapan bagi urusan persidangan secara fizikal, termasuklah aturan tempat duduk ahli parlimen yang perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.

Dalam satu hantaran berbeza, Najib secara menyindir berkata jika kerajaan masih tidak pasti sama ada selamat untuk 220 orang ahli Parlimen bersidang, kerajaan boleh saja belajar daripada kilang dan tapak pembinaan yang mendapat kebenaran Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) untuk beroperasi sepanjang tempoh sekatan pergerakan penuh.

Parlimen sudah bersidang tahun lepas ketika kes Covid-19 mencecah ribuan kes sehari, walaupun ketika itu seorang (ahli Parlimen) pun tak pernah terima vaksin.

“Sekarang, semua ahli Parlimen sudah selesai divaksin dua kali,” katanya.

Dia juga menyindir yang jika masih ada rasa tidak selamat untuk mengadakan sidang di bangunan Parlimen, ia boleh dilakukan di kilang dan tapak pembinaan yang mendapat kebenaran Miti untuk beroperasi pada masa ini.

Berita Penuh : https://www.malaysiakini.com/news/579772