M Daud Kilau tayang baju ‘show’ depan rumah, seronok ramai peminat ziarahnya

Oleh MHDAILY

M Daud Kilau tayang baju ‘show’ depan rumah, seronok ramai peminat ziarahnya. Rombongan Yayasan Kebajikan Artis Tanahair (YKAT) dan media ke kediaman Raja Gelek Malaysia, Datuk M Daud Kilau di Bagan Datuk, Perak pada Selasa lalu disambut dengan puluhan pakaian ikonik penyanyi terkenal itu.

M Daud ketika ditemui memberitahu beliau mempamerkan pakaian-pakaian yang digunakan ketika mengadakan persembahan itu agar tetamu dapat melihatnya dengan lebih dekat.

Pakaian miliknya itu bukan sahaja digantung di hadapan beranda rumah, tetapi M Daud turut mempamerkannya di dalam khemah yang setiap satunya mempunyai kisah tersendiri.

Lawatan YKAT bersama media ke rumah M Daud Kilau.

Tidak hanya itu, turut dipamerkan adalah koleksi album piring hitam dan anugerah yang pernah dimenanginya sepanjang bergelar seorang penghibur.

M Daud Kilau tayang baju 'show' depan rumah, seronok ramai peminat ziarahnya

“Baju-baju show ini semua saya gantung di luar supaya mereka dapat lihat dengan lebih dekat,” katanya.

Sementara itu, M Daud turut berkongsi keadaannya dan memberitahu masih menerima tawaran untuk mengadakan persembahan sehingga ke Sabah dan Sarawak.

Bagaimanapun, keadaan kesihatannya yang tidak mengizinkan membuatkan dia terpaksa menolak tawaran tersebut.

“Alhamdulillah masa ada panggilan untuk persembahan termasuk di Sabah dan Sarawak tetapi apakan daya keadaan kesihatan tidak mengizinkan.

“Tapi saya tetap bersyukur dan gembira kerana masih ada rakan-rakan arits, orang-orang penting dan peminat yang sudi menziarahi saya,” katanya.

YKAT diwakili oleh Pemegang Amanah iaitu Datuk DJ Dave, Datuk Nancie Foo dan Dr Kanagarajan dalam lawatan selama dua jam ke kediaman M Daud.

M Daud menetap di Bagan Datuk bersama isteri, Datin Rohani Awang Ngah dan anak mereka Ahmad Zaini Mohd Daud.

Pada kunjungan itu, pihak YKAT turut memberi sumbangan kepada M Daud.

Sejak lima tahun lalu, penyanyi itu berdepan dengan masalah kesihatan seperti diabetes, keadaan jantung tidak stabil selain kurang daya pendengaran.

Susulan beberapa penyakit itu, M Daud juga tidak boleh berdiri lama, sering mengalami kebas kaki dan tangan serta sakit pada bahagian pinggang.

Dalam pada itu, DJ Dave berkata, pihak YKAT sudah lama merancang untuk menziarahi M Daud namun beberapa masalah dan kekangan masa telah membantutkan hasrat itu.

DJ Dave berkata, pihaknya bersyukur dan gembira apabila melihat keadaan penyanyi itu yang sentiasa ceria dan masih bertenaga bercerita tentang kisah lama.

M Daud Kilau bersama DJ Dave.

“M Daud juga merupakan salah seorang penerima pencen bulanan dari YKAT berjumlah RM500 setiap bulan. Bayaran ini kami masukkan terus ke dalam akaun beliau,” katanya.

Sementara itu, Nancie yang turut hadir bersama memberitahu mereka mempunyai perancangan untuk melawat beberapa artis lagi sempena ulang tahun YKAT yang ke-10.

Pada lawatan kali ini, pihak YKAT memberi sumbangan khas berjumlah RM1,000 kepada M Daud Kilau sebagai tanda penghargaan atas jasa beliau kepada industri seni dan sedikit sebanyak untuk menampung perbelanjaan perubatannya.

BACA:

Disangka buat ‘show’, rupanya bakar diri sendiri

Artis wanita ditahan kerana ambil dadah

Gempar !!! Tular video lucah artis popular