Lupa lepaskan ikatan di kepala, suami bimbang isteri jadi pocong

Oleh MHDAILY

Kubur seorang wanita berusia 54 tahun terpaksa digali semula selepas keluarganya lupa melepaskan ikatan kepala mayat ketika mengebumikannya pada minggu lepas, lapor Solopos.com, baru-baru ini.

Permintaan menggali semula kubur itu dibuat oleh suami mendiang sendiri yang mendakwa dirinya sering didatangi isterinya di dalam mimpi yang meminta ikatan kepala dileraikan.

Menurut siasatan, WN ialah penjual makanan di Bogor, Jawa Barat dan meninggal dunia akibat serangan jantung.

Baca Artikel Penuh