Luluh hati tengok, mata kucing tertusuk mata kail. Seekor kucing betina bernasib malang apabila matanya tertusuk mata kail ketika sedang bermain di pelantar ikan di Pulau Pangkor dekat sini hari ini.
Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pangkor, Mohd. Suhaimi Mohd. Kasim berkata, kucing berwarna oren itu dibawa oleh orang awam ke balai tersebut pada pukul 10.27 pagi meminta bantuan pihaknya mengeluarkan mata kail tersebut.
“Pihak kami mendapati terdapat mata kail tertusuk pada mata kirinya dan kami menggunakan peralatan khas dan memotong sikit hujung matanya bagi mengeluarkan mata kail itu.
“Kucing itu pada mulanya seperti mahu meronta, tetapi, berdiam diri kemudian sehingga mata kail itu berjaya dikeluarkan,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Menurut Mohd. Suhaimi, pemeriksaan pihaknya mendapati kucing itu tidak mengalami kecederaan serius dan boleh bergerak seperti biasa selepas mata kail itu dikeluarkan.
Beliau berkata, pihaknya mengambil masa kira-kira 20 minit bagi mengeluarkan mata kail itu dan operasi tamat sepenuhnya pada pukul 10.57 pagi.
Jelasnya, pihaknya dimaklumkan oleh orang awam bahawa kucing itu adalah haiwan jalanan tetapi sering diberi makan oleh seorang individu di pulau tersebut. – UTUSAN ONLINE
TONTON:
BACA:
Awang Adek dilantik Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti
KKM bagi “green light” boleh salam tetamu raya masa ziarah, tapi..
Nama saya “Lalu Dunia Pun Tersenyum”, adik saya bernama “Semuanya Menjadi Indah”