Lucinta Luna nak jumpa Aeril Zafrel, “selamatkan suami awak Wawa Zainal!”

Oleh MHDAILY

Lucinta Luna nak jumpa Aeril Zafrel, “selamatkan suami awak Wawa Zainal!” Kedatangan selebriti kontroversi dari Indonesia, Lucinta Luna ke negara kita baru-baru ini sememangnya mencuri tumpuan netizen.

Lucinta atau nama sebenarnya Muhammad Fatah dilihat meluangkan masa bersama usahawan terkenal Datuk Seri Vida (DSV) di sebuah pusat beli belah terkemuka di ibu kota.

Malah, DSV juga ada berkongsi beberapa video bersama Lucinta menerusi platform media sosialnya.

Antara yang menarik perhatian, Lucinta ‘berani mati’ mengatakan bahawa dia menyukai aktor kacak Aeril Zafrel. Bukan itu sahaja, dia juga meminta DSV untuk memperkenalkannya kepada suami pelakon Wawa Zainal itu.

Lucinta Luna nak jumpa Aeril Zafrel, "selamatkan suami awak Wawa Zainal!" Kedatangan selebriti kontroversi dari Indonesia, Lucinta Luna ke negara kita baru-baru ini sememangnya mencuri tumpuan netizen.

“Yela Datuk, saya pulang tapi kembali lagi nanti, tapi kenali dulu saya sama Aeril Zafrel. Saya suka sangat sama dia,” katanya kepada DSV.

“Aeril Zafrel yang mana satu ya?” balas DSV.

“Aeril itu sudah punya seorang perempuan, aku suka sama dia,” jawab Lucinta.

@datoserividaofficial Reply to @ilybellsya aiyo memang trauma . Nak jumpa AIEREL ZAFREL PULAK ! Habis lah kena marah dengan @wawazainal92 nanti 🥲 #lucintaluna #datoserivida #fyppppppppppppppppppppppp #masukberandafyp #masukberanda #masukberandagak #dsv #tiktokindonesia ♬ original sound – QU PUTEH BARULAH PUT

Berdasarkan perbualan dalam video yang dikongsi di TikTok itu, DSV menasihati Lucinta untuk tidak bermain-main kerana Aeril adalah suami orang dan beliau tidak mahu masuk campur.

Lantas selepas itu, Lucinta masih yakin bahawa jika dia bertemu Aeril, pelakon itu juga bakal menyukai dirinya.

Mengintai ruangan komen, rata-rata netizen meninggalkan respon berbeza. Ramai juga yang bergurau meminta Wawa Zainal ‘selamatkan’ suaminya terlebih dahulu.

BACA:

Tular Coca-cola mengandungi alkohol, ini penjelasan JAKIM

Akhirnya Nana beri respon ‘positif’ selepas didakwa bersama dengan Shuib

AC Mizal hadiahkan Mercedes Benz kepada anaknya sempena birthday ke 18 tahun